Rabu, 17 April 2024

1 Buasir Otak TV: Bahasa Malaysia jadi ibu, English jadi daddy be like

Bila budak tanya teka teki apa benda dalam Bahasa Malaysia jadi ibu, dalam bahasa Inggeris jadi daddy? Jom tonton animasi ini.


0 PMX adalah pemimpin yang kita perlukan buat masa ini

1. Aku bukan penyokong mana-mana parti politik. Aku lebih suka jadi neutral. Masa aku rajin tulis pasal politik kat blog dulu, banyak je aku kritik pemimpin dari mana-mana parti politik, dan ada je perkara bagus yang aku sokong tak kira dari blok kerajaan atau pembangkang.

2. Politik Malaysia sekarang telah mengalami great reset sejak kekalahan BN pertama kali dalam PRU-14 2018. Sejak dari itu, semua parti pun telah merasai jadi kerajaan dan pembangkang.

3. Disebabkan semua dah merasa jadi kerajaan, kita boleh nampak sebenarnya tak semua benda yang ahli politik sembang dan janjikan tu boleh dilaksanakan. Masa tiada kuasa, sembang memang senang. Tapi bila dah pegang tanggungjawab, baru tahu nak buat tak senang.


Selasa, 16 April 2024

0 Buasir Otak TV: Haiwan apa bawa motor hantar makanan be like

Setiap kali budak tanya teka teki haiwan apa boleh bawak motor hantar makanan? Jom tonton animasi ini.


0 Bila ada ahli keluarga dan kawan jadi influencer

1. Antara benda yang aku syukur sangat adalah tiada di kalangan ahli keluarga dan kawan terdekat aku yang jadi influencer yang ada ramai pengikut kat media sosial.

2. Kalau ada yang guna identiti lain macam aku ni, aku tak kisah, sebab aku pun tak kenal kau siapa, dan aku tak tau pun kau cakap pasal siapa. Yang aku maksudkan adalah influencer yang guna identiti sebenar, yang ahli keluarga dan kawan-kawan semua kenal.

3. Sebab aku perhati ada influencer media sosial ni yang suka kongsi hal-hal berkaitan keluarga, rumahtangga, kawan-kawan dan hal sekeliling, terutama yang bersifat peribadi atau negatif yang boleh timbulkan persepsi buruk dan mendatangkan aib. Tak semua, tapi ada.


0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Lofi Belajar

Lagu buat semua orang yang suka belajar sambil mendengar lagu lofi, semoga berjaya mencapai impian kalian.


Isnin, 15 April 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Sang Gagalis

Nasib seorang Sang Gagalis yang tak pernah menemukan cinta.


0 Buasir Otak TV: Kerja apa paling suka bertanya be like

Setiap kali budak tanya teka teki kerja apa paling suka bertanya? Jom tonton animasi ini.


0 Bila rasa diri lebih mulia berbanding orang lain

1. Habis sudah bulan Ramadan dan Hari Raya. Seperti juga tahun-tahun sebelumnya, terlalu banyak isu yang timbul tak sudah-sudah.

2. Percayalah, isu yang berlaku pada hari ini, orang akan lupa lepas beberapa hari, dan kemudiannya akan ditimbulkan semula pada tahun-tahun akan datang seolah-olah macam isu baru.

3. Dan seperti biasa, tanpa sedikit akal intelek untuk mengkaji, menilai kesahihan dan mempertimbang kesan kemudaratan yang boleh berlaku, mereka buat konten dan sebarkan di TikTok, Facebook, Twitter dan lain-lain media sosial.


Ahad, 14 April 2024

0 Buasir Otak TV: Negara apa paling suka bertanya be like

Bila orang tanya teka teki negara apa suka bertanya? Jom tonton animasi ini.


Sabtu, 13 April 2024

0 Buasir Otak TV: Buasir Otak: The Muzik - Ragam Adik-beradik

Ragam adik-beradik di waktu kecil banyak meninggalkan memori bila sudah meningkat dewasa.