Rabu, 31 Julai 2013

25 Ramai orang butthurt dengan filem sejarah

Dulu aku pernah tulis tentang filem tempatan yang takut memapar realiti. Tapi sekarang ni, orang Malaysia pula yang takut dengan filem tempatan yang cuba memapar sejarah. Dulu bila filem Tanda Putera nak ditayangkan, ramai orang bantah terutama daripada orang cina dan pihak Pakatan Rakyat sehingga terpaksa ditangguhkan akibat tekanan ramai. Sekarang ni filem The New Village pulak terpaksa ditangguhkan penayangan kerana ramai orang melayu dan UMNO butthurt.



Selasa, 30 Julai 2013

48 Membuat pilihan dalam cinta tiga segi

Ada antara kawan dan kenalan aku yang aku tahu main kayu tiga atau dalam situasi cinta tiga segi, which mean dah ada boyfriend atau girlfriend, tapi dalam masa yang sama ada kekasih lain. Kadang2 ada yang minta pendapat aku antara dua yang mana satu harus dipilih. Dah macam lagu Ukays "Di sana menanti di sini menunggu" pulak dah.



Isnin, 29 Julai 2013

22 Meninggal dunia pada waktu kegemilangan

Setelah hampir mati beberapa tahun yang lepas, 2 minggu lalu pelakon utama drama Glee yang memegang watak sebagai Finn Hudson, Cory Monteith akhirnya telah meninggal dunia kerana pengambilan alkohol dan dadah heroin yang berlebihan. Walau aku bukan peminat drama Glee yang agak menggelikan ni, tapi kadang2 tertengok la jugak dulu2 kat Starworld. Bila tengok seorang yang popular, muda, selalu keluar kat TV, tiba2 meninggal rasa macam pelik pun ada, tapi begitulah hakikatnya kita semua tak boleh lari dari takdir yang telah Tuhan tetapkan.



42 Gembirakan orang lain dengan tidak jadi asshole

Benda paling indah yang boleh kita lakukan adalah dengan menggembirakan orang lain dan melihat mereka tersenyum walaupun kita tak kenal mereka. Mungkin kita boleh belanja orang lain makan, sedekahkan pakaian, bagi gula2 pada kanak2, bantu orang tua melintas jalan, atau yang paling simple, kalau kat kaunter supermarket tu orang depan takde duit syiling, kita bagi je duit syiling  mereka. Walaupun pertolongan itu mungkin kecil, tapi melihat orang lain gembira pasti kita juga akan gembira.



Ahad, 28 Julai 2013

25 India gaduh dengan melayu di tepi jalan

Video pergaduhan antara seorang lelaki melayu dan juga india di tepi jalan telah dirakam oleh sekumpulan bimbo budak perempuan di dalam kereta yang kebetulan melalui jalan itu lantas menguploadnya di Facebook yang kemudiannya terus disebar, dishare dan dikongsi di Facebook, Youtube, Twitter sehinggalah ia menjadi viral di alam maya dan seterusnya mencetuskan ketegangan dan prasangka antara kaum serta menyebabkan beberapa siri pergaduhan antara Melayu dan India di tempat lain.



Sabtu, 27 Julai 2013

31 Jangan jemput imam tarawih dari negara bergolak

Bulan ramadhan ni ramai imam2 dari luar negara terutama dari negara2 arab dijemput ke Malaysia untuk menjadi imam kepada solat terawih di masjid2 dan surau2 di seluruh Malaysia. Seperti yang kita tahu, terdapat beberapa negara arab yang kini sedang dalam pergolakan seperti Mesir, Palestin, Syria dan Libya, so lepas ni kalau nak jemput imam luar datang, jangan undang imam dari negara2 yang bergolak ini kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka mahu lari daripada masalah dalaman negara mereka.



Jumaat, 26 Julai 2013

53 Kerana sukan maka tidak diharamkan?

Berikutan 4 peserta melayu campuran muslim digugur dari pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 2013 selepas ditegur Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh, 2 daripadanya dikatakan mempersoal dan mempertikai keputusan pengharaman penglibatan wanita Muslim dalam pertandingan ratu cantik seperti yang telah difatwakan sebelum ini.



10 Give Away | Bagi Belah Kartunster #2

Kenangan Ramadan, Raya & Aku.

Klik gambar untuk join GA


Khamis, 25 Julai 2013

27 Keputusan pilihanraya kecil Kuala Besut

Tahniah kepada Barisan Nasional sekali lagi kerana telah memenangi Pilihanraya Kecil Kuala Besut. Aku memang dah menjangkakan yang BN akan menang sekali lagi kerana tempoh PRU13 dengan PRK ni tak jauh, so mood pengundi masih lagi tidak banyak berubah. Juga kemenangan ini disifatkan sebagai hadiah hari lahir paling bermakna buat Perdana Menteri, DS Najib Razak.



27 Makian babi dan bodoh buat pesakit

Ya, begitulah seperti yang dilaporkan di Berita Harian di mana seorang pesakit warga tua berkata beliau kena maki dengan doktor dengan gelaran babi dan bodoh apabila beliau pergi ke hospital kerajaan di Kepala Batas.


Rabu, 24 Julai 2013

26 RE: Wajar atau tidak kecuaian manusia dihukum?

Terpanggil kembali diri ini untuk memberi mungkin sekadar pandangan dan cebisan kecil fikiran berkenaan apa yang dibincangkan oleh Prince of Noob berkenaan dengan kewajaran hukuman atas kecuaian.

Banyak pandangan, cadangan, kritikan malah dilontarkan menunjukkan keprihatinan masyarakat terhadap perkara-perkara disekeliling. Kes tersebut nampak rumit kerana melibatkan kecuaian terhadap darah daging sendiri.


98 Bila bilik persalinan diubah menjadi tempat makan

Rasa korang semua dah tahu pasal kes budak sekolah yang bukan beragama Islam makan kat dalam tandas bilik mandi bilik persalinan yang telah dijadikan sebagai ruang makan sementara sebab kantin sekolah tengah renovate. (Maaf aku memang slowpoke sebab aku bukan full-time blogger ok).



Selasa, 23 Julai 2013

91 Wajar atau tidak kecuaian manusia dihukum?

Minggu lepas kita dikejutkan dengan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya.



Isnin, 22 Julai 2013

37 Kegilaan patung Minion McD yang kesian

Apa jadah la pasal mainan patung Minion dari filem animasi Despicable Me 2 pun nak berebut2 macam orang hilang akal, beratur dari awal pagi tengah malam macam nak dapatkan tiket final piala FA atau nak dapatkan tiket percuma konsert akhir Akademi Fantasia, bila patung tu habis habis pekerja kena maki hamun. Pathetic gila... kesian pulak aku tengok.


35 Fatwa pengharaman dan logo haram

Kat Malaysia ni kalau perkara yang halal terutama makanan, kita ada logo HALAL. Tapi kalau benda2 haram, kita takde logo HARAM. So aku cadangkan Jabatan Agama agar keluarkan logo HARAM pada perkara2 yang dah terang2 seperti arak, judi dan babi serta perkara2 yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa. Kalau tidak tak guna kalau fatwa sahaja haram tapi orang Islam masih bebas boleh beli dan guna macam takde apa2 masalah pun.


Sabtu, 20 Julai 2013

24 Bunuh suami lebih mudah daripada bercerai

Anda seorang isteri dan ibu kepada 2 orang anak, mempunyai seorang suami yang baik, namun anda tidak cintakan dia dan mencintai lelaki lain. Anda mahu berpisah dengan suami anda tapi tidak sampai hati melukakan hati suami dan anak2 dengan mintak cerai dan juga tak mahu keluarga dan masyarakat pandang serong. So apakah penyelesaian kepada masalah ini? Upah pembunuh upahan untuk bunuh suami anda.


Jumaat, 19 Julai 2013

72 Poligami seharusnya bahagia bukan sebaliknya

Pada suatu ketika ramai orang respek pada beliau atas penghijrahannya dahulu, namun kini ramai orang telah hilang respek kepada beliau. Namun aku mengerti, beliau juga seorang manusia biasa yang tidak sempurna dan tak lari dari melakukan kesilapan.



Khamis, 18 Julai 2013

25 Kemalangan maut lif kali ini di Malaysia

Tak sampai 2 bulan kita dikejutkan dengan kejadian jururawat mati tersepit kat lif yang rosak di negara China sampai putus badan, semalam kita dikejutkan pula dengan kejadian pelajar tahun 5 maut akibat tersepit lif yang mengalami kerosakan juga di PPR Desa Tun Razak, Kuala Lumpur. Ingatkan perkara macam ni hanya berlaku di negara China je, tapi rupa2nya boleh juga berlaku di negara kita.


20 Antara bola sepak dan solat tarawih

Suasana stadium di perlawanan bola sepak:


Rabu, 17 Julai 2013

115 Adakah Islam mengajar kepada keganasan?

Siang tadi tersebar berita dan gambar seorang remaja Cina yang dikatakan telah diculik, dibelasah dan dibogel kerana menghina Islam di Facebook.



Selasa, 16 Julai 2013

68 Sistem e-kerajaan yang bertaraf sampah

Pagi tadi aku nak cuba mendaftar perniagaan enterprise secara online untuk abang aku dan pengalaman yang aku telah lalui seterusnya membuat aku terasa ingin sangat menumbuk monitor. (Awas, kisah ini agak panjang, sila baca dengan sabar).



Isnin, 15 Julai 2013

56 Bersyukur tak lahir sebagai seorang Melayu?

Dalam dunia ni ada benda yang kita tidak boleh buat pilihan, nak tak nak, suka tak suka, kita hanya perlu terima sahaja, iaitu siapa mak bapak kita, rupa paras, jantina kita dan bangsa kita. Dalam konteks perlembagaan Malaysia, orang Melayu itu adalah orang Islam. Walau macam mana ko nak murtad ke nak jadi Atheis ke apa, selagi ko duduk kat Malaysia, anda tetap Islam dan masih termaktub di bawah undang2 Islam.



Ahad, 14 Julai 2013

40 Pilihanraya kecil Besut dan logik tak masuk akal

Piliharaya kecil DUN Kuala Besut merupakan PRK pertama yang diadakan selepas PRU-13 berikutan penyandangnya dari BN, Dr A Rahman Mokhtar meninggal dunia akibat paru-paru berair. Penamaan calon ditetapkan pada 12 Julai yang lepas manakala hari pengundian akan diadakan pada 24 Julai ini.



Sabtu, 13 Julai 2013

59 Pasangan Cina lucah ni kebal undang2 ke?

Seriously, diorang ni kebal dari undang2 ke? Dah berapa banyak benda diorang ni buat hal dengan kontroversi blog lucah, tapi sampai sekarang langsung takde apa tindakan. Aku kalau boleh taknak ungkit pasal bangsa, tapi aku cuma tertanya2 adakah undang2 kita mengamalkan double standard hanya kerana mereka berbangsa Cina?



Jumaat, 12 Julai 2013

46 Pakai skirt pendek punca kena rogol

Seorang ahli parlimen telah meminta agar Menteri Pembangunan Wanita Datuk Rohani Abdul Karim memperketatkan etika pemakaian wanita di tempat awam bagi mengelak jenayah seksual berlaku yang antaranya seperti cabul dan rogol.



Khamis, 11 Julai 2013

39 Jangan duga kami dengan fesyen sendat dan ketat

Petang tadi hari pertama untuk membeli belah di pasar Ramadhan atau nama pendeknya param. Di samping aku perasan ada sesetengah makanan naik harga berbanding tahun2 lepas, aku juga perasan masih ramai lagi gadis2 yang tidak menutup aurat dengan betul, pakai legging, pakai seksi2 malah masih ada yang tanpa silu tertonjol sana sini memperlihatkan apa yang tidak patut dipertontonkan kepada umum.



Rabu, 10 Julai 2013

14 Didik jiwa dan suburkan iman di bulan Ramadhan

Sempena bulan puasa ini, penyanyi lagu2 berunsur Islamik antarabangsa iaitu Maher Zain telah menerbitkan lagu terbarunya yang bertajuk Ramadan, malah ada dalam versi bahasa Melayu juga.



Selasa, 9 Julai 2013

14 Sedang hamil juga sempat berkhalwat

Lupakan kisah awek comel yang bisa membuatkan semua lelaki cair. Wanita memang merupakan insan yang lemah, kerana cinta macam2 boleh jadi dan sanggup buat macam2 demi untuk kekasih hati, biarpun sudah mempunyai suami dan sedang hamil 6 bulan.


67 Jenis awek yang lelaki pasti terharu dan bahagia

Siapa yang tak rasa bertuah dalam dunia ni bila ada awek yang dah lah cun, cute, comel lote, suara sedap, pandai menyanyi dan yang paling best, buat video ucapan untuk future hubby... kitew terharu cangaaat! Kalau ada awek macam ni, konfem tak cari lain dan akan sayang buat selama lama lamanya.



Isnin, 8 Julai 2013

20 Akta Hasutan jadi mansuh ke tidak?

Apa itu Akta Hasutan 1948? Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah. Baca lagi di Wiki versi English.


Ahad, 7 Julai 2013

30 Suatu iktibar terhadap konflik Mesir

Orang pertama yang dilantik menjadi Presiden Mesir secara demokratik setelah kejatuhan rejim Hosni Mubarak iaitu Dr. Mohamed Morsi akhirnya digulingkan oleh tentera Mesir. Beliau hanya sempat menjadi Presiden selama setahun sahaja. Itulah harga yang perlu dibayar dalam sebuah demokrasi kerana dalam demokrasi, yang ramai akan menang walaupun tak semestinya yang ramai itu memilih kebaikan dan kebenaran. Kalau majoriti menolak Islam, maka minoriti yang mahukan Islam terpaksa menerima.



Sabtu, 6 Julai 2013

18 Budaya mengipas yang semakin membarah

Beberapa hari yang lepas kecoh mengenai surat arahan pekeliling kepada penjawat awam supaya "Like" laman Facebook Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menyebabkan ramai orang menyerang dan menghentam beliau di media2 sosial kerana ramai yang menyangka beliau sendiri yang mengeluarkan arahan tersebut.



Jumaat, 5 Julai 2013

41 Tak malu ke orang lain tahu kau gila seks?

Malam Jumaat, malam yang selalu dikaitkan dengan pasangan yang sudah berkahwin. Bagi yang belum kahwin, jangan pula ada berzina atau melakukan onani dengan alasan malam Jumaat. Tapi aku percaya kalau orang lelaki jangan kata malam Jumaat, hari2 juga mau malam Jumaat. Sebab orang lelaki ni dah memang lumrah nafsu seksualnya lebih kuat berbanding wanita. So aku tak heran kalau ramai lelaki yang gila seks. Tapi amat malang kalau anda itu seorang Melayu Islam, tak kira sama ada bujang atau sudah berkahwin dan ada anak2 dengan secara terbukanya menunjukkan yang anda ni memang gila seks di Facebook.



Khamis, 4 Julai 2013

69 Selepas bersara ingat boleh berehat, tapi...

Aku sempat berbicara dengan seorang rakan yang sudah berumahtangga dan mempunyai seorang anak yang berumur 4 tahun. Beliau adalah anak ketiga daripada 5 adik-beradik. Abang, kakak dan seorang adik perempuannya sudah berkahwin dan masing2 sudah mempunyai anak. Dia menceritakan kepada aku betapa beliau kasihan kepada ibu dan bapanya yang sudah tua dan sudah lama bersara.



Rabu, 3 Julai 2013

39 Jadi palsu untuk diterima dalam masyarakat

Secara peribadi aku tidak suka dengan Korean-based entertainment, tak kisah la muzik K-Pop atau drama Korea, sebab orangnya dari selebriti sampailah orang biasa, kebanyakannya sangat fake. Ramai rakyat Korea Selatan tak kira lelaki atau wanita terlalu obses untuk buat pembedahan plastik terutama lepas habis sekolah hanya kerana nak nampak cantik bagi perempuan dan jambu bagi lelaki serta mahu diterima dalam masyarakat.



Selasa, 2 Julai 2013

18 Malaysian websites hacked by Bangla hacker

Malaysian websites were hacked yesterday by Bangladeshi hacker TiGER-M@TE, resulting in users being redirected to a temporary site with a personal message from the hacker.


23 Kewajaran makanan tradisional dipatenkan

Pernah suatu ketika dahulu aku terfikir, apa akan jadi kalau rekaan kereta beroda 4 dipatenkan masa ia mula2 dicipta? Mungkin akan wujud satu jenama kereta sahaja di dunia ini kerana orang lain dilarang meniru membuat kereta yang beroda 4. Mungkin syarikat lain akan membuat kereta bertayar 3, 5, 6 atau 10 kerana tidak mahu melanggar hakcipta paten kereta beroda 4. Itu baru kereta, tapi apa akan jadi kalau makanan dipatenkan?



Isnin, 1 Julai 2013

64 Apabila rupa lebih digilai berbanding ilmu

Wajah lebih kurang macam Justin Bieber, tapi tak douche macam dia, malah seorang hafiz Al-Quran dan juga seorang Imam Muda, siapakah dia?