Isnin, 7 Oktober 2013

42 Bagaimana yang kaya semakin kaya

Datuk Pandir Kulop (bukan nama sebenar) merupakan seorang pengarah di sebuah jabatan kerajaan yang berpangkat Jusa B. Setelah beliau bersara daripada perkhidmatan kerajaan dengan gaji akhir RM11,000, beliau telah menubuhkan sebuah syarikat membekal peralatan pejabat dengan melantik anak lelakinya menjadi pengarah syarikat.

Gambar hiasan: Membuat perolehan kerajaan menggunakan kad dan sistem atas talian ePerolehan.

Syarikat anak beliau kemudiannya mendapat banyak projek dan tender kerajaan dengan mudah secara direct nego mahupun tender terbuka di jabatan lamanya kerana mempunyai "orang dalam" dikala syarikat lain sukar mendapat peluang kerana tidak mempunyai kelebihan tersebut, walaupun sewaktu penilaian tender terbuka syarikat beliau di kedudukan ke- 5.

Ya benda ini bukan suatu yang baru, malah sudah terlalu lama menjadi kebiasaan dan budaya dalam jabatan kerajaan serta orang kita. Bagi aku tidak salah seorang penjawat awam bila dah pencen tu buka syarikat, atau ketika  masih berkhidmat dengan kerajaan, syarikat2 kroni beliau seperti anak, adik beradik, saudara mara atau kawan2 masuk projek atau tender di jabatan yang mereka sedang atau pernah berkhidmat, cuma bersainglah secara adil dan saksama seperti orang2 lain juga, janganlah menyalahgunakan kelebihan sebagai orang dalam untuk mendapatkan projek tersebut dengan mudah.


Baca isu mengenai projek tender Ubiquitous System for Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (Customs) di mana syarikat yang memenangi tender tersebut bukanlah syarikat yang mendapat kedudukan pertama ketika penilaian tender dengan tawaran harga sebanyak RM317.8 juta seperti yang didedahkan di blog Another Brick in the Wall.


Aku tidak tahu sejauh mana kebenaran pendedahan ini, sama ada dah dilaporkan kepada SPRM (MACC) atau tidak, kalau dah baguslah. Cuma yang pasti, blog yang mendedahkan isu ini bukan blog pro-pembangkang malah blog pro-kerajaan yang tidak mahu imej dan reputasi kerajaan dirosakkan oleh mereka2 yang tidak bertanggungjawab.




tags: tender terbuka ubiquitous system for jabatan kastam dan eksais diraja customs ucustoms u-customs projek it ict teknologi maklumat sistem salah laku kelebihan orang dalam penjawat awam gomen kakitangan perolehan kerajaan sebutharga pegawai atasan tadbir diplomatik ptd panel penilai penilaian syarikat bumiputera lobi kroni kronisme cronysm orang kaya berada direct nego negotiation rundingan terus another typical leak at treasury perbendaharaan malaysia mof ministry of finance

42 ulasan:

  1. saya perasan yang sejak kebelakangan ni ramai blogger pro-kerajaan banyak kritik pentadbiran PM kita. Rasanya banyak org BN yg meluat juga dengan DS Najib

    BalasPadam
    Balasan
    1. tender projek spender 1malaysia dh buka blom?

      Padam
    2. Meluat mcmana pun still tunggu je la 4-5 tahun nak UBAH kerajaan sedia ada melalui PRU...hmmmm,lamanye...

      Padam
    3. nak kena Dr.M jugak handle.. sebb dia tau najib kasi tangungjawab kan org bodo kot....kot je mungkin ak salah...

      Padam
    4. Sila naikan Mukhriz :) lol

      Padam
    5. memang banyak blog pro BN kutuk pemerintahan DSNTR, tapi sekarang la..masa nak PRU13 ari tu, semua kata DSNTR adalah yang terbaik bla..bla..

      sebelum PAU ramai yang nak turunkan DSNTR dengan naikkan TSMMY, tapi bila masa dah sampai, semua kecut..xberani pun nak cabar walau 1 nama..semua takut di cop derhaka..

      Bak kata Ayam Afrika, tunggu je la 4-5 tahun lagi..

      Padam
  2. Still konsep yg kaya bertambah kaya...dah jawatan besar gaji 5k pun nak tambahkan kekayaan sedia ada. Konsep tamak isu utama, bg dua gunung emas punx cukup..so, bersyukur dengan kekayaan dunia yg ada skrg, fkr kekayaan akhirat kelak.

    Konsep ini bukan sahaja berlaku dlm kerajaan, malah berlaku di sektor swasta jugak. Jika company mak bapak co. x kisah la anak beranak nak kaya..even kdg2 GLC pun mcm 2. Benda ini mcm menjadi budaya pihak pengurusan atasan x kira mana2 sektor. Mungkin anda marah perkara ini berlaku di sektor kerajaan sbb duit kerajaan dr duit taxpayer rakyat...tp budaya kroni ni berlaku di seluruh dunia..smpi tahap xde cara nak setelkan. Kalau dilaporkan ke SPRM kalau bos yg kene xpela gak, tp smpi tahap dept./cimpany yg terlibat kene tutup kedai sbb salah laku bos, kang ada yg xde kerje...sbb 2 ramai yg x berani lapor kes kroni2 ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tp kdg2 sy terfikir sekejap...jika anda duduk di tempat mereka...adakah anda akan buat perkara yg sama di mana anda akan pentingkn kroni/family utk kembangkn perniagaan/kekayaan atau lantik org yg dah lama berkhidmat dlm company as his successor? Kajian mengatakan 80% top management akan buat perkara yg sama supaya pentingkn kroni/family dlm setiap decision dibuat, sbb anda akan dpt duit poket extra selain duit basic salary yg dpt bulan2.

      Last2 apa sy nmpk inilah fitrah manusia..kalau zaman dahulu sultan/raja/maharaja/king hanya bagi kuasa kepada anak bila mati kelak, lagikan dlm dunia pekerjaan.

      Padam
    2. tak payahla nak justifikasi corupted government dengan kata-kata rasuah ni budaya seluruh dunia. meantime ada saja government yang bersih mengurus negara. cuma dorang bukan melayu la. hihi

      Padam
    3. Tu besar tangungjawab jadi manusia.. kalau fikir mati benda tu semua akan ajdikan kita stuck kat akhirat kelak.. :|

      bukan saja yang buat malah yang tahu tapi tak melapor membiakran aje pun mungkin dapat share juga.. :| Semua berkait-kait esok..

      Mungkin sebab hasil yang tak berkat generasi kita jadi macam tahi.. dari segi moral dan sosial..

      Padam
    4. Sy ada dgr member2 yg bekerje dgn org putih terutamanya...walaupun pening kepala sbb ego mereka besar, tp mereka lebih utamakan kualiti, bukan duit semata2...so isu kroni less efected di sini. Kat Malaysia ni sy selalu perasan yg bila time dpt project, procedure mcm boleh kaw-tim..asalkn setel n dpt payment. Bukan niat nak defend gov...tp ini mentaliti bisnes org melayu,cina,india...just sharing my experience..walaupun x 100% betul.

      Padam
    5. memang tak betul pun. corrupted gov mostly came from 3rd world and muslim country macam malaysia. #fact

      Padam
    6. Sbb dr pemerhatian sy..org islam secara umumnya bersikap tamak...tgk je dunia arab dah cukup, dah la berlagak, menunjuk2 pulak 2...sbb 2 adanya zakat sbb nak tolg org islam lain, tp gaji berpuluh2 ribu byr zakat fitrah je setiap tahun..zakat pendapatan, harta, tanah wallahualam...

      Padam
    7. Pasal corruption..sy dah tengok byk statistik di internet, ada yg kata malaysia no 1 corruption country, ada yg kat tengah2...tp sy lebih percaya statistik yg paling detail n diterima umum.

      Sy pernah ke Indonesia, Pakistan...corruption mereka lg teruk dr apa anda bayangkn...belum cerita pasal kemiskinan lagi. Sy just nak smpikn yg corruption kat Malaysia di tahap mid-range..among the best is Singapore..tp salah tetap salah x kira anda PM, bawak teksi atau cuci lantai..kalau terlepas mahkamah dunia, mahkamah akhirat menunggu.

      Padam
    8. Tentang kable ni, kita kena tengok sapa yang in-charge dept yang berkenaan..kalau dia jenis ngap gak, memang la jenis pakai kabel la yang dapat walau harga xmunasabah..

      ikut pengalaman kawan aku, mana2 kontraktor yang sertakan surat sokongan YB terutama dari U*** (sebab diorang perintah kat negeri tu), bos dia suruh masuk "fail bulat" aka tong sampah, je surat sokongan tu..

      tapi bila tukar bos..emm..manjang puak "dia" je yang dapat..

      bila tanya sprm, lagi best jawapan, kontraktor xnak bagi kerjasama sebab takut periuk nasi terganggu..hampeh tul

      Padam
  3. Kalau nak cakap bersaing secara adil ni banyak cerita..
    Sape pernah nego mungkin tahu dan dah biasa dengan cerita2 begini..
    Masalah ialah nak buktikan dan masalah kedua ialah pengaruh dan network yang kena dakwa tu..
    Sebab tu ada akhirat mahkamah terakhir yang telus dan adil.. dari sekecil2 kepada sebesar-besar perkara.. Semua akan dapat balasan..

    BalasPadam
  4. Malaysia ni demokrasi atas kertas je. Pelaksanaan lebih kurang sistem feudal je. Kekayaan biasanya akan berlegar pada golongan-golongan tertentu je. Bila kedudukan mereka-mereka yang berkuasa dan kaya ni goyah, maka semboyan ancaman perkauman akan dibunyikan. Pada akhirnya, golongan rakyat bawahan akan digunakan sepertimana 'pawn' dalam permainan catur.

    BalasPadam
  5. Bagaimana pemerintah... begitu jua lah..rakyatnya.

    BalasPadam
  6. satu cara je, ubah kerajaan memerintah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah!..tp tunggu 4-5 tahun lg

      Padam
    2. yeah tunggu 4-5 tahun lg dan bn akan masih terus berkuasa lps rakyat diperbodohkan semula oleh umno dgn membangkitkan isu liwat anwar, anwar pakai botox, ketuanan melayu, cina pijak melayu, chin peng dll

      Padam
    3. BN akan tetap memerintah kalau sistem demokrasi tu sendiri tak betul :)

      Padam
    4. Tp sy yakin kalau momentum yg ada skrg ni, BN akan tumbang sbb rakyat nak perubahan politik..bagus x bagus lepas 2 lain cerita, ramai dah muak dgn kepimpinan BN...itu yg sy nmpk skrg.

      BN menang PRU 2 pun sbb Sabah Sarawak still sokong BN. Kalau ikut parlimen kerusi semenanjung malaysia sahaja lama BN kalah.

      Padam
    5. Sabah serawak masih kuat BN sebab pengundi masih boleh dipengaruhi.. salah satu sebabnya ialah kebanyakan rakyat sabah dan serawak jenis hidup senang dan selesa dengan apa mereka ada.... Mereka tidak kisah sape yang memerintah..

      Mereka tidak mempunyai prasarana mewah seperti disemenanjung.. masih ramai duduk rumah panjang.. Isu harga kereta atau minyak tidak menjejaskan mereka.. Kenapa perlu beli kereta kalau tidak ada jalan raya yang baik.. kenapa perlu teknologi sedangkan mereka tidak perlukannya..

      Berbanding dengan rakyat semenanjung kita telah diikat dengan teknologi.. takda letrik pun hidup tak sempurna.. ramai juga yang takda hanphone, internet line pun hidup dah gundah gulana.. :)

      Jadi keperluan mereka di Sabah dan Serawak untuk menukar kerajaan atau parti pemerintah tidak ada sama sekali.. melainkan mereka yang telah mengalami transformasi cara hidup.

      Kemenangan BN di semenangjung sebab pertolongan SPR (persempadan semula), pembahagian pengundi yang tidak sekata. Sebab itu BN masih boleh memerintah dengan hanya perlu menang di beberapa kawasan kecil yang kuat menyokong BN walaupun dengan pengundi kecil.

      Padam
    6. Yup, sy pernah share benda yg sama mengenai SPR, kebetulan atau x kita x tau...maybe rezeki mereka skrg.

      Tp still PR need to do something kat Sabah Sarawak, xleh pandang semenanjung sahaja. Dgr cite mereka perlukan parti yg berasal dr Sabah Sarawak dlm sebahagian PR..so far just PKR n DAP sahaja yg original dr semenanjung n tiada perwakilan besar dr Sabah Sarawak.

      Padam
    7. salam saudara,saya asal sarawak. mengikut apa yang dikatakan En entahlar memang ada betul nyer. jalan raye tahap mentality menteri 3 suku,duit yang diperuntukkan dibahagi2kan terlebih dahulu sesama menteri justeru kerja yg sptutnya diamanahkan kepada mereka tidak disiapkan..tapi jangan hanya buat andain andai tidak pernah ke sarawak. Saya asal Miri. Bila En entahlar semak kt interenet,bandaraya2 besar kt sarawak semuanya parti pembangakang. Ibu negeri Kuching,Sibu dan Miri. Yang sedih nyer DUN dan kawasan pedalaman ini yang msih menyokong partin pimpinan BN, Sebab parti pemerintah masa nak tarik undi, mereka msuk kampung sambil bagi*hadiah* kepada pnduduk kampung utk mgundi mereka..janji mcm2,bila dah dpt pngkat menteri jgn harap mereka akn msuk kampung tersebut semula,jauh lagi untuk kotakan janji..semua janji dicapati,,hampeh.

      Padam
  7. bukan sistem yang tak betul. tapi orang yang berkuasa terhadap sistem tu yang tak amanah dalam konteks malaysia SPR. kalau sistem yang salah, adakah sistem islam tu tak betul sedangkan negara-negara yang praktis islamic law semuanya corrupt berbanding negara demokrasi ciptaan kafir?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kebanyakan negara bukan islam (penduduk majoriti bukan islam) diorang mempunyai adab dan disiplin yang tinggi..sebab?..ikut apa yang aku baca, diorang dah terbiasa dengan cara hidup yang macam tu..

      maka RSAW diturunkan untuk beri petunjuk kepada golongan ini ke arah yang lebih baik, iaitu selain amalan yang baik dengan meng esakan yang Satu...

      orang islam (malaysia) ada juga perkara yang baik jadi amalan, cth: hormat orang tua, budi bahasa dll...

      jadi tahap mana keimanan kita tu, kita ble tengok dengan amalan harian kita..mungkin kita solat 5 waktu tapi tahap mana solat kita, sebab tu RSAW kata, ikut cara dia solat, bukan ikut dia solat..WA

      Padam
  8. yang kaya semakin kaya.. tgk saja lah sabah d katanya akan maju dlm 50thn akan datang..dia gila apa?? bkn kah sabah ni kaya dgn hasil bumi? kemana hilangnya tu.. adeiii.. tak paham la dgn najib ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    2. fake plain83: maaf komen anda dipadam kerana menyamar jadi orang lain

      Padam
    3. Yg menyamar jd ayam afrika sekali ye....tq

      Padam
    4. Lina, kalau Sabah dan serawak dibangunkan.. Lama dah BN bungkus :)
      Lama dah Taib kena tendang keluar..

      Padam
    5. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.

      Padam
    6. Kalau Taib keluar BN n parti dia PPBB masuk PR lalu membentuk majoriti mudah, anda setuju?

      Padam
    7. sape la yg menyamar jadi plain83 tu. aku nak menyamar dia pun nak ikut jugak.

      Padam
  9. Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
  10. Sori la,xtau nk luah katna. Sbg kuli kpd kontraktor yg slalu carik projek mmg boleh nmpk apa yg xkena dgn sistem akaun tu sniri.harap buasir boleh kaji.
    Setiap jabatan kerajaan ada buget tsendiri,bila akhir tahun semua jabatan nk habiskan baki baget.benda yg xptt tukar pon boleh tukar.sbb apa?sbb sistem yg ada,pengarah yg bagus dpt habiskan buget.hasil dibincangkan kemudian.klw buget guna xhabis,siap la,baget tahun depan dh dikurangkan.jd mmg pengarah akan bjuang habis habisan nk habiskan duit akhir thn.
    Spttnya:pengarah yg bagus dpt mlaksanankan visi jabatan dgn kos paling kurang.itu yg saya fikir

    BalasPadam
  11. Syukur Malaysia msih aman lgi dri palestin....

    BalasPadam
  12. Syukur Malaysia msih aman lgi dri palestin....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.