Selasa, 5 November 2013

3 Fadhilat doa awal dan akhir tahun Hijrah

Setiap kali kedatangan Awal Muharram, ramai orang yang kongsikan doa2 khusus untuk di baca pada awal dan akhir tahun yang mana doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah manakala doa awal tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.


Malah ada juga yang menyatakan fadhilat atau kelebihan membaca doa ini seperti "Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata: Hampalah kami di sepanjang tahun ini" dan "Barangsiapa membaca doa awal tahun (Hijrah) ini, Insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan Syaitan disepanjang tahun tersebut."


Akan tetapi ramai yang tidak tahu yang doa khusus untuk akhir dan awal tahun Hijrah bukan datang dari ajaran Rasulullah s.a.w. sendiri (rujukan - Ustaz Asri dan 1manhajsalaf). Namun, segala bentuk doa yang memohon untuk kebaikan memang sangat baik dan dituntut, oleh itu mohonlah apa2 hajat yang membawa kepada kebaikan dalam doa kita pada bila2 masa. Cuma apabila kita mereka2 atau mengada2kan suatu fadhilat atau kelebihan suatu amalan atau ibadah yang tidak terkandung dalam Al-Quran dan Hadith, itulah yang tidak patut dan harus dielakkan.

Ya, mungkin orang yang mereka fadhilat itu memang berniat baik agar ramai orang berdoa dan mengingati peristiwa hijrah, namun matlamat tidak menghalalkan cara. Malah Nabi ada bersabda mengenai larangan berdusta menggunakan nama Baginda Rasulullah s.a.w. Siapa kita yang pandai2 mereka dan mengada2kan sesuatu kemudian mengatakan yang ianya datang daripada mulut Nabi?

So harap selepas ini berhati2lah sebelum menyebar atau berkongsi apa2 hadis atau sebarang amalan yang bukan amalan wajib. Kaji dan selidik dulu agar kita tidak tergolong sebagai salah seorang yang berdusta dengan nama Rasulullah s.a.w.




tags: doa awal akhir tahun hijrah maalhijrah muharram sambutan majlis keraian perarakan fadhilat kelebihan hadith hadis palsu dhaif sahih amalan bidaah

3 ulasan:

  1. Zaman sekarang ni apa2 orang share dalam facebook laju je share balik tanpa usul periksa.

    BalasPadam
  2. Selamat Tahun Baru Hijrah 1435!

    Teruskan hidup sebagai hamba dan khalifah. Dalam berkeluarga, di tempat kerja, dalam masyarakat, dalam bernegara, jadi hamba dan khalifah.

    Man jadda wa jada!
    (siapa yang bersungguh-sungguh, maka dia akan berhasil)

    :)

    BalasPadam
  3. thanx utk info ni. kite pun selama ni main share je tanpa check asal usul die pun...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.