Iklan Leaderboard

Ahad, 31 Ogos 2014

26 Semangat kenegerian yang masih belum merdeka

Aku dulu dilahirkan di sebuah negeri di selatan Malaysia. Tak sampai 4 tahun, keluarga aku berpindah ke Perak ikut ayah aku berpindah tempat kerja. Elok sampai darjah 3, kami berpindah lagi ke Selangor. 3 tahun kemudian, keluarga aku berpindah lagi ke Negeri Sembilan. Waktu sekolah menengah aku bersekolah di sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Pahang selama 5 tahun. Tamat sekolah, aku pulang semula ke negeri kelahiran aku untuk menyambung belajar di peringkat pengajian tinggi.

Kemudian aku pernah bekerja di Kuala Lumpur dan Selangor. Selain itu, aku mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat dengan negeri Kelantan dan Terengganu, dan aku ada kawan dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan juga Sarawak. Disebabkan itu, aku langsung tiada semangat kenegerian sebab semua negeri aku anggap sama sahaja seperti adik-beradik. Yang ada hanya semangat kenegaraan 1Malaysia.



24 Antara payung Petronas dan sticker Street Fighter

Aku memang pelanggan Petronas dari dulu dan selalu gunakan minyak Petronas untuk isi minyak kereta. Sekarang ni diorang tengah buat promosi untuk pelanggan kumpul cop mengikut jumlah minyak yang diisi, lepas cop dah penuh boleh dapat payung edisi khas. So bila cop aku dah penuh, time aku nak tebus orang kaunter tu cakap stok habis. Aku cari stesen Petronas lain dan sama saja jawapannya. Bila aku search kat Internet, rupa2nya isu ni dari minggu lepas lagi dah panas.



13 Miliki aplikasi Android bagi Blog/Laman Web anda

Adakah anda:
  • Mempunyai laman web dan blog untuk tujuan peribadi?
  • Mempunyai laman web dan blog untuk tujuan perniagaan?
  • Merupakan administrator laman web rasmi syarikat anda atau agensi kerajaan?
  • Mempunyai mana-mana laman web kegemaran yang sering anda kunjungi?
  • Mempunyai telefon pintar Android?
  • Mahu mencipta Aplikasi Mobile untuk telefon pintar Android bagi laman web dan blog peribadi, perniagaan, syarikat, agensi kerajaan dan lain-lain laman web kegemaran anda?

Jika YA, maka kami ada jalan penyelesaiannya! Kini semua orang boleh miliki Aplikasi Mobile untuk telefon pintar Android bagi Laman Web dan Blog anda sendiri dalam masa yang singkat dengan harga serendah RM50!

Web 2 Android App
   

Sabtu, 30 Ogos 2014

24 Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta

Hari Kemerdekaan Malaysia sekali lagi muncul untuk kali ke-57 dengan slogan “Malaysia, Di sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Sempena hari kemerdekaan ini aku nak pasang bendera Malaysia kat rumah dan kat kereta, nak pergi dataran sambut countdown malam merdeka, dengar lagu patriotik banyak2, hafal lagu tema hari merdeka tahun ni, tonton filem patriotik dan dokumentari mengenai sejarah kemerdekaan sampai muntah, tengok perbarisan dan perarakan secara langsung, baca mengenai tokoh2 pejuang kemerdekaan dan hayati sejarah kemerdekaan serta menulis puisi dan sajak mengenai kemerdekaan negara.



Jumaat, 29 Ogos 2014

16 Kita adalah duta kepada suatu kumpulan masyarakat

Aduka baru sahaja menjejakkan kaki di Jepun untuk menyambung pelajar di sebuah universiti terkemuka di Tokyo. Aduka seorang yang bijak, namun dia ada sikap yang tak berapa elok iaitu pengotor. Dia suka membuang sampah, puntung rokok dan meludah di merata2 tempat. Melihat gelagat Aduka yang begitu berbeza dengan budaya setempat, seorang rakan kelas Aduka berbangsa Jepun terus beranggapan, "Orang Malaysia ni memang semua pengotor ke?", "Pengotor betul la orang Malaysia ni". Tanpa Aduka sedari, secara tidak langsung dia telah pun membusukkan nama negara Malaysia di mata orang dari negara lain. Walaupun Aduka bukanlah seorang pegawai duta kerajaan, tetapi dia sebenarnya adalah seorang duta yang mewakili dan membawa nama Malaysia di negara orang.



Khamis, 28 Ogos 2014

44 10 cara untuk mengenali rakyat Malaysia

Istimewanya menjadi rakyat Malaysia, anda mudah dikenali di serata dunia melalui gaya percakapan, budaya dan tingkah laku. Bagaimana hendak mengenal sama ada anda seorang rakyat Malaysia? Jika ciri-ciri di bawah menggambarkan diri anda, maka dengan bangganya anda boleh mengatakan, "Ya, saya memang anak Malaysia".



56 Wanita tidak wajar menjadi ketua sebuah kerajaan

Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim telah meletak jawatan namun ditangguh sehingga pengganti MB yang baru ditentukan. Sultan Selangor menitahkan pemimpin PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB, walaubagaimana pun PKR dan DAP hanya akan mencalonkan satu nama sahaja, iaitu DS Dr Wan Azizah Wan Ismail, manakala PAS akan hantar lebih dari satu nama. Namun bagi aku, aku tidak setuju sekiranya Wan Azizah dilantik menjadi ketua bagi kerajaan negeri Selangor kerana beliau seorang wanita.



Rabu, 27 Ogos 2014

65 Filem tempatan yang masih belum merdeka

Kita akan menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tidak lama lagi. Temanya tahun ini: 'Disini Lahirnya Sebuah Cinta'. Mungkin maksudnya ialah cinta sayang atau semangat patriotisme pada negara akan lahir pada hari-hari istimewa ini apabila kita akan kembali mengenang perjuangan pejuang tanahair yang dulu-dulu. Sebab biasanya untuk meraikan hari-hari ini macam-macam konsert patriotik akan dianjurkan tapi memandangkan menghormati tragedi MH370 dan MH17, mungkin tiada konsert yang akan diadakan atau dibatalkan. Walaupun saya terbaca Konsert Chow Kit Road 2.0 akan diadakan pada 29, 30 dan 31 Ogos ini.



Selasa, 26 Ogos 2014

52 Kawan Saya Anugerah Dari Syurga

Semalam aku ada berjumpa seorang kawan lama. Memang kawan lama sebab sudah lama berkawan dan lama tidak berjumpa. Hampir 10 tahun. Ada kisah menarik tentang diri beliau yang mahu dikongsikan.

Aku kira kisah beliau ini menarik kerana, pertama; beliau adalah kawan aku sendiri. Jika sebelum ini pelbagai kisah menarik merupakan cerita orang lain, tetapi kali ini adalah cerita tentang orang yang aku kenal. Kedua, kerana aku ada terlibat sama dalam pembentukan hidup orang lain, tanpa sengaja.


38 Menjaga kemaluan adalah tanggungjawab sendiri

Ni apahal la wujud lelaki2 bangang takde otak pakai cincin kat kemaluan? Cincin tu pakai kat jari dah la, nak pakai kat kemaluan korang tu apahal? Kalau cincin biasa tu logik lagi, ni pakai cincin bearing dah kenapa? Bila dah bearing tu tersekat dan tersangkut, bukan sahaja kau yang dapat malu, tak pasal2 pasukan bomba, doktor dan jururawat pulak yang terpaksa bersusah payah selamatkan kemaluan kau, jadah haram apa?



19 Kecuaian ibu bapa yang mengakibatkan anak maut

Baru lebih kurang setahun negara kita dikejutkan dengan berita seorang kanak2 perempuan berumur tiga tahun mati akibat lemas setelah ditinggalkan tanpa sengaja oleh ibunya selama lebih lima jam dalam kereta di tempat letak kereta sebuah sekolah di Subang Jaya, kali ini sekali lagi kita dikejutkan dengan kejadian yang sama di mana seorang kanak2 lelaki berusia empat tahun maut selepas ditinggalkan bapanya secara tidak sengaja selama lebih lapan jam di kawasan letak kenderaan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Kuala Nerang.



Isnin, 25 Ogos 2014

19 Tempat awam bukan kawasan separa bogel

Kita duduk di sebuah negara yang berbilang agama dan kaum. Setiap agama dan kaum punya sensitiviti masing2. Kita sudah punya adat, budaya dan nilai ketimuran yang penuh dengan sopan dan santunnya yang boleh kita banggakan, baik kita ni bangsa Melayu, Cina, India, bumiputera Sabah Sarawak dan lain2. So kalau rasa nak buat sesuatu yang di luar normal dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia, sila buat sendiri2 secara tertutup di luar pandangan khalayak awam.



29 Murahnya maruah dan harga dirimu wahai wanita

Wanita zaman sekarang, maruahnya terlalu murah. Tubuh badan mereka terlalu murah untuk ditayangkan kepada orang ramai. Kadangkala tak perlu lelaki miang untuk minta gambar mereka pun mereka sendiri dengan rela hati mengambil gambar tubuh badan mereka dan diupload ke media sosial untuk tatapan ramai. Namun wanita yang murah maruahnya inilah yang selalunya mahal apabila hendak diijabkabulkan.



Ahad, 24 Ogos 2014

21 ALS Ice Bucket Challenge yang semakin merapu

ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) atau Lou Gehrig's disease di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.



Sabtu, 23 Ogos 2014

294 Segmen Sesi Soal Jawab bersama Buasir Otak

Untuk segmen ni, aku akan adakan sesi soal jawab bersama aku dan penulis2 lain di Buasir Otak, itu pun kalau diorang nak jawab. Dalam sesi soal jawab ini, aku akan buka ruang kepada pembaca sama ada pembaca tegar, atau pun pembaca jarang2, pembaca yang dapat menerima pandangan aku dengan terbuka,  pembaca yang anti kat aku, anon yang masuk Buasir Otak hanya semata2 nak tulis sajak Oh Rozana nak royi dan bisjut, anon yang tujuan hidupnya hanya untuk buat troll kat komen, anon pejuang melayu, anon anti cina, anon macai pro-BN atau pro-PR, anon presiden KEDEPAN, otaku anime, janda yang ditinggalkan suami miang, para pahlawan papan kekunci atau siapa2 sahaja, untuk bertanyakan apa2 sahaja soalan, tak kisah la pasal apa2 pun dan kami akan cuba jawab setiap soalan korang si ruangan komen.



Jumaat, 22 Ogos 2014

65 Hari Berkabung Malaysia untuk MH17

Hari ini, 22 Ogos 2014 merupakan Hari Berkabung Malaysia untuk tragedi MH17. Ucapan takziah dan simpati dari kami kepada keluarga dan waris mangsa penumpang serta anak kapal pesawat MH17.

DaripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali. Marilah kita sama2 mendoakan agar mereka yang terlibat dalam nahas tersebut mendapat keredhaan, keampunan dan rahmat dari Allah Taala dan semoga mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.



Khamis, 21 Ogos 2014

50 Model pakaian muslimah disuruh beraksi ghairah

Apa yang lebih jahanam dari seorang lelaki miang yang kononnya seorang jurugambar/photographer cuba memancing anak2 dara atau bini orang kat Facebook untuk ditawarkan jadi model pakaian muslimah tapi minta gambar dia buat aksi2 ghairah dan menggiurkan?



29 Mengaku murtad boleh menjadikan anda popular

Tidak diketahui apa punca seorang lelaki mengaku telah murtad di Twitter. Mungkinkah ini salah satu caranya untuk lariskan produk? Entahlah...

Orkid Anggerik, @phleumic atau nama sebenar, M. Faiz Syahmi mengisytiharkan dirinya telah murtad. Namun, dia mengakui bahawa dia percaya Tuhan itu wujud.



47 Memilih pemimpin adalah hak parti bukan rakyat

Terima Kasih Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebab tolong menjaga wang rakyat Selangor.

Terima kasih kerana mentadbir dengan jujur. Terima kasih kerana memilih untuk bebas daripada rasuah.

Terima kasih kerana meningkatkan Rizab Selangor sehingga RM3.2 bilion yang mana hanya RM650 juta sahaja sebelum 2008.



Rabu, 20 Ogos 2014

128 Teori pengakhiran manga/anime One Piece

Manga One Piece ciptaan Eiichiro Oda merupakan manga yang paling popular bukan sahaja di Jepun malah di seluruh dunia. Mula dihasilkan pada tahun 1997 dan kini sudah 17 tahun bertahan dalam dunia manga dan anime. Apa yang membuatkan cerita One Piece ini menarik dan lain daripada manga yang lain adalah kerana plot yang unik dan tersusun, jalan cerita yang misteri dan tidak cliche serta karakter yang berwarna-warni. Malah sebuah babak atau dialog yang kecil pada suatu chapter boleh menjadi petunjuk dan bayangan kepada sesuatu yang penting dan besar pada beratus2 chapter kemudiannya.

Namun tidak tahu sampai bila One Piece ini akan tamat, dan Oda sendiri berkata yang One Piece kini hanya separuh daripada penceritaannya, bermaksud mungkin ia akan tamat dalam 10 atau 15 tahun lagi dan mencecah ribuan chapter. Akan tetapi, bagi yang hendak tahu pengakhiran dan misteri harta karun One Piece, ini adalah teori yang paling logik dan masuk akal setakat ini hasil daripada perbincangan hebat komuniti peminat siri One Piece.

Teori pengakhiran One Piece: The Inherited Will.

(Artikel ini hanya ditujukan kepada peminat dan mereka yang mengikuti One Piece sahaja. Mereka yang bukan peminat dan tidak pernah baca siri One Piece, boleh abaikan artikel ini). 



86 Sejarah Bulan Kemerdekaan Berulang Setiap Tahun

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Jom kita tengok bunga api. Mari bersesak-sesak di dataran merdeka, hanya untuk tengok bunga api. Kalau bernasib baik, kerajaan ada bajet lebih, boleh layan artis menyanyi. Habis konsert, apalagi, jom 'balik'.



Selasa, 19 Ogos 2014

31 Landasan konkrit MRT runtuh tidak harus berlaku

Setahun yang lepas, jejambat Putrajaya Link dan jalan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang masih dalam pembinaan runtuh. Semalam jam 8.30 malam, jambatan konkrit sepanjang 38 meter dan seberat 300 tan yang masih dalam pembinaan bagi projek landasan MRT di sebuah tapak pembinaan rel MRT berhampiran bekas Institut Penyelidikan Getah Malaysia berhampiran Kota Damansara di Petaling Jaya telah telah tertanggal dari tiang dan terjatuh mengakibatkan 3 pekerja warga Bangladesh disyaki maut tertimbus dihempap konkrit tersebut.



36 Fesyen Jilboobs awek bertudung tayang payudara

Susulan daripada kehadiran sebuah akaun Facebook bernama Jilboobs Community yang menjadi fenomena di Indonesia sejak diperkenalkan awal tahun ini, Majelis Ulama Indonesia (MUI) baru-baru ini telah mengeluarkan fatwa haram berkenaan pemakaian fesyen  muslimah itu.

MUI secara tegas telah mengeluarkan fatwa haram mengenai pemakaian gaya berkenaan yang masih memperlihatkan bentuk tubuh.



Isnin, 18 Ogos 2014

52 Perkara di Malaysia yang dirindui ketika di Jepun

Beberapa bulan lepas aku pergi ke Jepun atas urusan tugas selama sebulan, namun baru seminggu di sana, aku dah mulai rindukan pelbagai benda di Malaysia. Berikut adalah benda2 yang aku rindu sangat kat Malaysia sepanjang aku di Jepun:



Sabtu, 16 Ogos 2014

62 Kritikan kepada kritikan untuk Kiosk Ramly Burger

Malam semalam den bersamo 2 rakan yg lain pergi makan Ramly Burger di kiosknya. Niat nak makan Ramly Burger di outletnya sendiri dah lamo. Sejak korang sebarkan bhw Ramly Burger juga mempunyai outlet mcm mekdi. Buek plan seminggu baru la boleh poie sesamo. Peh sibuk mcm Perdano Montori masing-masing. Ha Ha Ha. Walaupun makanan ruji kami ialah nasi tapi sesekali nak jugak makan burger beb. Lepas solat Isyak teruslah kami ke kiosk Ramly Burger yg dituju. Sampai je trus den snap amik beberapo gmbr pakai kamera handset. Boleh lihat gmbr kek atas. Sapo dapek teka dimanokah letaknya kiosk ini, den akan belanjo korang jenjalan sekitar KL dgn menaiki keto Ferari 4 pintu milik den. Amacam? Ngeee..



Jumaat, 15 Ogos 2014

130 Saya Perlukan Anjing sebagai Kawan

Saya kesepian dan betul-betul memerlukan seorang kawan. Banyak perkara hendak diluahkan. Tak mengapa kalau dia tidak boleh nak beri pendapat, yang penting boleh jadi pendengar setia dan menjadi teman tidur bantal peluk di katil saya. Maka hilanglah kesunyian. Terubatlah kerinduan. Ya. Saya betul-betul perlukan kawan. Ada cadangan kawan untuk saya?



Khamis, 14 Ogos 2014

46 Selfie punca kita kurang bijak dan tidak sensitif

Selfie jimak, sudah.
Seflie kuburan, sudah.
Selfie tempat kemalangan, sudah. 
Selfie tempat mangsa rogol, sudah.
Selfie budak sekolah tunjuk kelangkang, sudah.
Seflie kena langgar motor, sudah.
Selfie pistol tembak diri sendiri, sudah.
Selfie lemas di sungai, sudah.
Selfie jatuh gaung, sudah.
Selfie riang ria dengan nenek yang terlantar sakit di hospital, belum ada. So... kita selfie dulu!



64 Guru pulau dan boikot anak murid yang suka Israel

Anda seorang cikgu sekolah? Ada add akaun FB anak murid anda jadi friend Facebook anda? Keluar kat newsfeed anda anak murid anda Like page "I Love Israel"? Apakah tindakan yang betul dan wajar yang perlu anda buat sebagai seorang cikgu kepadanya? Ya, mari kita boikot, pulau, ancam dan malukan dia beramai2. Jangan tegur dan bercakap dengan budak ini. Malu je kan ada anak murid macam ini?



Rabu, 13 Ogos 2014

51 Kahwin itu mudah kalau kita mudahkan

1/3/2014 - Tarikh sepatutnya aku bertunang dengan suami aku, tapi lepas sesi sarung cincin dari mak mertua, ayah aku panggil suami aku datang dekat dia, depan tetamu semua dia tanya, "Mu nak nikah tak harini?".

Suami aku dengan terkejut terus angguk, sapa taknak kan?? Haha. Ayah aku pun panggil seorang ustaz yang kebetulan sepupu suami aku, dia tanya "Ustaz apa hukum saya bagi anak saya kawin hari ni, saya dah ada 3 saksi dan saya wali dia?"



Selasa, 12 Ogos 2014

17 Wanita mana yang tahan hidup susah?

Walaupun serba kekurangan, seorang lelaki lembam nekad menjaga dua anak tirinya dalam pondok usang di kawasan setinggan di Taman Sri Pandan di sini, sejak isterinya menghilangkan diri lima tahun lalu.

Bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan, Rahmat Mori, 54, memikul tanggungjawab membesar dan menyekolahkan anak tirinya, Mohd Mawi, 13, dan Siti Nuhaliza Abdullah, 10.



22 Kelebihan dan kelemahan sistem pendidikan Jepun

Salah satu perkara yang terbaik belajar M.Ed. adalah bahawa anda akan belajar mengenai Perbezaan Dalam Sistem Pendidikan. Ini kerana anda akan belajar dan membuat perbandingan sistem pendidikan negara-negara di seluruh dunia.

Contoh menarik adalah pendidikan Afrika Selatan dan Papua yang berwarna-warni (tetapi tidak kemas), pendidikan seks Belanda, sekolah riang ria Amerika Syarikat, dan sekolah rendah vernakular kita sendiri.

Dan sudah tentu, sistem pendidikan Jepun yang dikagumi ramai. 

Untuk berlaku adil, saya ingin berkongsi dengan anda kedua-dua kelebihan & keburukan budaya pendidikan Jepun.



Isnin, 11 Ogos 2014

50 Kita masih mampu untuk miliki sifat kemanusiaan

Aku tak rasa orang2 Malaysia ni tak kira la Melayu, Cina, India, Bumiputera Sabah Sarawak dan lain2 terlalu bodoh belaka sampai tak boleh nak baca dan faham signage/papan tanda kat cermin di belakang kerusi LRT yang disediakan khas untuk golongan OKU, ibu mengandung, ibu bapa yang mendukung anak dan warga emas. Aku cuba untuk percaya yang masih ramai yang faham serta punyai nilai kemanusiaan, dan gambar berikut hanya mewakili segelintir sahaja warga Malaysia yang kurang akal.


25 Pakaian penjawat awam wanita yang mencolok mata

Pakaian penjawat awam mencolok mata? Itulah yang menjadi isu dalam keluaran akhbar dalam ruangan Forum Bharian daripada kiriman pembaca bernama Shab Yaa berasal daripada Seremban.

Beliau mendakwa pemakaian penjawat awam semakin terdedah dan menampakkan tubuh badan walaupun mengenakan jubah pada hari Jumaat. Beliau turut menyarankan Jabatan Perkhidmatan Awam(JPA) mengkaji semula pemakaian yang dikenakan ramai penjawat awam ketika ini.

Apa kata penjawat awam dan masyarakat umum? Adakah dakwaan ini berasas? Sudah tentu penjawat awam yang membaca artikel ini ada jawapannya!


Ahad, 10 Ogos 2014

29 Apabila pekerja muslim tidak bebas beribadat

Saya terbaca di satu blog mengenai Mcdonald Malaysia melarang pekerja lelakinya menunaikan solat Jumaat. Namun saya tidak tahu sejauh mana kebenarannya. (Mohon pencerahan)

Jadi saya terpanggil untuk berkongsi pengalaman saya bekerja sambilan sejak berumur 18 tahun.

Sewaktu berumur 18 tahun, saya pernah bekerja di sebuah pasaraya besar di Jitra, Kedah. Namun syarikat terbabit tidak membenarkan staf lelaki Muslim solat Jumaat.



26 Tak mati pun kalau kerajaan nak tutup Facebook

Kerajaan bersedia mengkaji kewajaran menutup laman sosial Facebook ekoran pelbagai penyalahgunaan di laman itu, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
   
Beliau berkata kementerian akan menjalankan kajian bagi mendapatkan maklum balas orang ramai berhubung perkara itu.



Sabtu, 9 Ogos 2014

18 Artis difitnah dengan gambar yang tidak sopan

Emma Maembong menyelar sikap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab mengubah-suai gambarnya untuk tujuan memburukkan kekasih hati kepada Zizan Razak itu.

Pelakon telefilem Yess Boss Raya terbitan Zeel Production di TV3 jam 9 malam ini, tidak gusar dengan penyebaran gambar yang menampakkan tompokan yang kononnya air mani di wajahnya.



Jumaat, 8 Ogos 2014

34 Kempen boikot bukan untuk orang yang tiada otak

Sebelum ni cuma baca2 je cerita2 kebodohan2 meleis yang buat khianat kat McD macam ludah pekerja, baling objek keras, hina pekerja McD sebagai pekerja Yahudi dan lain2 di Facebook dan blog sahaja, tapi kali ini kita ada video, video yang memaparkan kedunguan meleis2 yang kurang akal yang membuatkan nama orang melayu dan Islam lain yang berakal dan benar2 nak boikot produk Yahudi jadi busuk.



25 Nama nasi lemak yang paling lucah

Biasa orang berniaga dengan mempergunakan agama dah biasa sangat kita dengar, tapi mempergunakan idea lucah untuk menarik pelanggan dan melariskan perniagaan jarang kita dengar. Yang ni, Nasi Lemak Tetek? Serius memang dah tak boleh fikir nama lain yang lebih sopan lagi ke nak bagi? Apsal la lucah sangat? Tu makanan kot.



19 Jangan mencemuh dan menghina pekerjaan orang lain

Pada suatu hari yang tak berapa nak cerah...

Fatin: Abang, kawan2 adik semua cakap adik ni pekerja yahudi sebab adik kerja kat McD.
Amran: Memang betul pun kawan2 adik cakap tu. Macam ni, adik kerja je kat tempat kerja abang. Abang supervisor kat situ.
Fatin: Ye ke bang. Bolehlah kalau macam tu. Abang kerja kat mana?
Amran: Abang kerja kat Tesco.
Fatin: ...



Khamis, 7 Ogos 2014

33 Sistem peperiksaan online SPA yang lemah dan gagal

Aku ada seorang kawan yang layak untuk mengambil peperiksaan online untuk memasuki perkhidmatan awam jawatan Penolong Penguasa Kastam Gred W27 pada 2 hari lepas yang dianjurkan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kawan aku tu kerja sebagai supervisor kat sebuah kilang multinasional, so dia terpaksa ambil cuti untuk menduduki peperiksaan online tu.



Rabu, 6 Ogos 2014

21 Tips untuk mengenalpasti produk berkaitan Israel

Ok sebelum ni aku dah tulis pasal perangai segelintir orang Malaysia yang nak boikot produk Yahudi tapi tak berapa nak guna otak sebaliknya lebih guna emosi. Kita kena faham, boikot tu bermaksud tidak membeli, dan kita menyeru kepada orang ramai agar turut tidak membeli jenama yang diboikot, dalam hal ini produk2 yang mempunyai kaitan dengan Israel. Tapi produk2 mereka terlalu banyak, macam McD, Starbuck tu ramailah orang tahu. So macam mana kita nak tahu dan kenalpasti yang produk itu ada kaitan dengan Israel?



24 Sukan bogel di Pulau Pinang memual dan meloyakan

Memualkan. Itu gambaran paling tepat buat sekumpulan individu terdiri daripada lelaki dan wanita yang tergamak berbogel sebelum merakamkan aksi mereka yang kononnya menyertai acara Sukan Bogel Pulau Pinang 2014 di Teluk Bahang, di sini.



Selasa, 5 Ogos 2014

121 Boikot produk Yahudi dengan cara paling terpuji

Seorang lelaki yang tidak dikenali mengambil langkah cukup bergaya dengan memboikot produk berkaitan Israel apabila muncul di restoran McDonlads bersama dengan nasi kerabu bungkus dan teh o ais. Tindakan beliau mendapat pujian ramai pengguna media sosial. Namun, lokasi dan identiti lelaki tersebut tidak pula dinyatakan dalam gambar ini. Tidak perlu popular dahulu untuk buat sesuatu yang cukup luar biasa, salute brader.



33 Cara promosi kedai makan paling WIN

Shit just got real! Only in Indonesia.



Isnin, 4 Ogos 2014

20 Keterpaksaan dan tiada pilihan dalam memilih parti

Di kala umat Islam sedang sibuk menyambut hari raya Aidilfitri, kerajaan negeri Selangor dan parti2 dari Pakatan Rakyat masih sibuk dengan krisis2 politik untuk menukar Menteri Besar baru. Penuh newsfeed aku dengan status2 daripada macai2 politik mengenai konflik dan kekalutan isu ini. Memandangkan sebelum ini aku tak pernah tulis lagi pasal isu ini, so aku akan tulis sedikit pandangan aku mengenai isu ini dan iklim politik di negara kita sekarang.



18 Jantina Malaysia ialah Perempuan

Dahulu bila kita pergi ke luar negara dan penduduk disana bertanya kita berasal dari negara mana. Majoriti tidak mengetahui dimana terletaknya Malaysia bahkan tidak tahu kewujudan Malaysia. Namun setelah wujudnya Menara Kembar Petronas dan Litar F1, negara kita tersohor di dunia. Bahkan peristiwa MH370 dan MH17 membuat negara semakin dikenali dunia.


Ahad, 3 Ogos 2014

38 Kalam Tuhan untuk manusia bukan untuk haiwan

Aku bukan nak kondem orang2 melayu Islam berniaga, malah aku amat menyokong orang melayu Islam berniaga dan mengeluarkan lebih banyak produk2 berkualiti yang boleh bersaing dengan produk2 luar negara dan produk keluaran cina, tapi tolonglah jangan memperdagangkan agama.



Sabtu, 2 Ogos 2014

18 Selfie kuburan, throwback dan lain2 cerita raya

Macam2 trend baru dan pelik2 dalam menyambut Hari Raya pada tahun ini. Juga pelbagai2 kisah dan cerita yang berlaku pada hari2 raya ini. So berikut adalah kompilasi trend dan kisah2 raya pada tahun ini yang aku kutip di media2 sosial, berita serta pengalaman peribadi.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...