Jumaat, 28 November 2014

6 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 3

[TONTON ONLINE STREAMING DAN ULASAN] Maharaja Lawak Mega 2014 sudah masuk minggu ke-3, dengan jumlah yang bertanding kekal sebanyak 13 peserta kerana tiada penyingkiran pada minggu lepas. Dengan tema Retro pada minggu ini, saksikan peserta manakah yang paling berjaya membuatkan kita semua terhibur.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 3 di bawah.

TEMA: Retro

1. SHIRO (Laugh-O-Meter: HEH)

Intipati Lawak: Lawak pengacara, lawak sukan, lawak bola sepak, lawak patung, lawak patriotik.
Komen: Bagi aku lawak kumpulan Shiro ini terlalu baik dan skema. Malah subjek yang dipilih iaitu bola sepak, tambah lagi dengan menyuntik semangat patriotik, agak sukar nak buat orang ketawa.

Rating Juri: 3 bintang

2. SAMURAI (Laugh-O-Meter: HEH)

Intipati Lawak: Lawak tarian retro, lawak pertandingan, lawak konfius.
Komen: Minggu ini aku tak nak komen dah pasal kumpulan SAMURAI. Dah 3 minggu hambar.

Rating Juri: 2 bintang

3. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak ujibakat nyanyian bintang retro, lawak kostum.
Komen: Ilya sudah kembali dalam persembahan kumpulan SEPAHTU minggu ini, cuma nampak macam dia belum sihat sepenuhnya, mungkin sebab tu dia kurang diberikan peranan serta kurang bercakap. Tapi kostum Shuib dengan pakai kon jalan kat kaki serta tali pinggang haji tu memang menjadi.

Rating Juri: 4 bintang

4. JALOR (Laugh-O-Meter: HEH)

Intipati Lawak: Lawak konsert retro artis antarabangsa, lawak kostum, lawak tarian.
Komen: Mungkin terlalu overconfident, atau penonton meletakkan harapan terlalu tinggi kepada kumpulan JALOR, maka persembahan minggu ini sangat out. Tiada isi apa pun sketsa mereka, cuma ada apek membuka majlis, lepas tu acara menari oleh Elvis Presley dan sorang lagi artis wanita tu, itu je.

Rating Juri: 2 bintang

5. COMEY (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak konsert pertandingan idola retro, lawak Bahasa Inggeris, lawak matematik, lawak selamba kering.
Komen: Bagi aku lawak kering COMEY ini agak menarik, ada punchline selain dari tagline Ropie pop pop tu, cuma macam biasa, kurangnya penyokong di sana menjadikan persembahan mereka kelihatan hambar.

Rating Juri: 3 bintang

6. VIRUS (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak kostum retro, lawak memasak, lawak ulang2 tagline.
Komen: Ada part lawak, tapi nyanyian dan tarian Yus tu terlalu diulang2 membuatkannya menjadi sedikit annoying. Dan untuk minggu ni punya persembahan, tidak nampak chemistry antara Zizan dan kumpulan Jambu seperti minggu lepas, nampak agak janggal. 

Rating Juri: 2 bintang

7. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE)

Intipati Lawak: Lawak ujibakat nyanyian, lawak tarian, lawak konfius, lawak bahan juri.
Komen: Sketsa diorang lawak part bahan juri je, yang lain semuanya agak biasa, dan aku pun tiada apa nak komen sangat.

Rating Juri: 3 bintang

8. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak parodi rancangan diari Kilauan Emas, lawak nyanyian.
Komen: Seperti biasa, Nabil cuba tonjolkan kelainan dalam tema yang diberikan. Tidak memakai kostum Retro dan membuat tarian tipikal agogo seperti peserta2 lain, Nabil cuba terjemahkan tema Retro ke bentuk parodi rancangan Kilauan Emas dan Akademi Fantasia, cuma lawak ini mungkin hanya akan sampai kepada orang yang tengok rancangan Kilauan Emas dan Akademi Fantasia.

Rating Juri: 4 bintang

9. SYJ (Laugh-O-Meter: HEHE)

Intipati Lawak: Lawak disko, lawak cinta, lawak teater.
Komen:  Kalau dinilai dari jalan cerita dan lakonan, mungkin boleh bagi markah penuh, tapi jika dinilai dari sudut komedi, hanya separuh markah sahaja. Kalau sketsa mereka dilakonkan dalam slot drama 30 minit, mungkin menarik, tapi malangnya mereka hanya ada 3 minit.

Rating Juri: 3 bintang

10. SHAKE (Laugh-O-Meter: HAHA)

Intipati Lawak: Lawak bahan membahan, lawak prop, lawak rancangan TV.
Komen: Kekuatan kumpulan SHAKE ni sebenarnya pada lawak membahan. Kalau bukan Amir kena bahan, Amir akan bahan orang lain dengan mimik muka yang kering dan mintak kena pukul. Kekurangan kumpulan ini cuma aura dan penyokong je.

Rating Juri: 2 bintang

11. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak parodi watak file Rock Oo, lawak membahan, lawak masuk kelab.
Komen: Idea Zero untuk kali ini menjadi dengan membawa kembali watak Che Man dari filem Rock Oo, malah walaupun jalan cerita ringkas pasal 2 orang nak masuk dalam kelab tapi lebih baik dari sketsa yang mempunyai jalan cerita yang panjang tapi melalut.

Rating Juri: 4 bintang

12. EKZOS (Laugh-O-Meter: LMAO)

Intipati Lawak: Lawak kasar, lawak mengendap, lawak kering.
Komen: Untuk minggu ini, aku pilih kumpulan EKZOS sebagai persembahan terbaik. Jalan cerita yang simple dan ringkas, tambah dengan lawak kasar syaitonnirrojim macam lawak P. Ramlee, sketsa tak dikekang dengan kostum dan tarian Retro, malah mereka keluar dari kebiasaan persembahan mereka yang lebih kurang sama selama 3 minggu, dengan ending kena terajang sampai pecah dinding prop tandas tu memang terbaik.

Rating Juri: 4 bintang
13. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL)

Intipati Lawak: Lawak jawa dan aci, lawak tarian, lawak muzik.
Komen: Persembahan minggu ini kelakar tapi kurang sikit dari minggu lepas. Punchline persembahan kali ini lebih kepada slang India dan juga tarian India. Dari segi dialog agak kurang, cuma aku agak annoying dengan tarian Achey yang agak over last2 tu.

Rating Juri: 4 bintang

Man of The Match: Shuib Sepahtu 

Peserta yang tersingkir: SAMURAI

Kesimpulan:

Minggu ini bagi aku rata2 sangat hambar. Tersangat hambar. Semua serba tak kena. Bagi aku faktor utama kepada kehambaran lawak2 peserta minggu ini adalah kerana tema Retro tu. Serius, apa yang lawak sangat dengan Retro? Dan bila Retro, semua pakat pakai rambut kembang, seluar kembang dan menari agogo. Dan idea lawak pulak kebanyakannya pusing2 kat rancangan ujibakat.

Kumpulan favorite rata2 hambar dari VIRUS, SHIRO dan JALOR. Yang masih lagi konsisten cuma SEPAHTU, NABIL dan BOCEY, namun aku bagi persembahan terbaik pada kumpulan EKZOS sebab idea lawaknya lain dari yang lain, jalan ceritanya ringkas je pasal nak mengendap awek mandi tapi padat dengan punchline, dan lawak2 kasarnya mengingatkan aku kepada lawak kasar dalam filem P. Ramlee.

Minggu ini kumpulan SAMURAI terkeluar, dan memandangkan dah 3 minggu pun persembahan mereka hambar, bagi aku mereka memang harus tersingkir. Aku harap minggu depan takde tema mengarut dan susah2 macam Retro ni. Kesian kat peserta pening nak fikir idea, kesian juga kat penonton tertunggu2 bila nak gelak. Buat je la tema bebas, habis cerita.

Ranking aku untuk persembahan Minggu 3:

1. EKZOS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 4 bintang)
2. SEPAHTU (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: 4 bintang)
3. ZERO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
4. NABIL (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: 4 bintang)
5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL| Rating Juri: 4 bintang)
6. COMEY (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang)
7. SHAKE  (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 2 bintang)
8. VIRUS (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: 3 bintang) 
9. SYJ (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: 3 bintang)
10. WALA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: 2 bintang)
11. SHIRO (Laugh-O-Meter: HEH | Rating Juri: 3 bintang)
12. JALOR (Laugh-O-Meter: HEH | Rating Juri: 2 bintang)
13. SAMURAI (Laugh-O-Meter: HEH | Rating Juri: 2 bintang)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie | Youtube Astro Gempak 
Laman rasmi MLM2014: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2014 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri hasbullah awang anzalna noh hujan datuk jalaludin hasan farah quinn taufik batisah nur fazura video penuh download youtube hd astro mustika warna markah episod minggu 3 zero samurai shake ekzos wala sepahtu shiro bocey virus nabil comey syj jalor sayot kepoh

6 ulasan:

  1. knapa bocey salu ada prob bila nk tgk.. emm emm emm

    BalasPadam
  2. Ekzos dgn Bocey terbaek...Nabil 4 bintang? wtf...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nabil best dan kreatif. Lawaknya fresh dan tidak di ulang-ulang. Lawaknya ber IQ dan bukannya lawak bodoh bodoh. Setakat ni persembahan n.abil layak dapat 4 bintang

      Padam
  3. Kumpulan yg 3 org pn tk blh beat nabil sorang..lawak sama je semua..

    BalasPadam
  4. Mggu ke3:1.bocey 2.zero 3.exzos 4.nabil

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.