Iklan Leaderboard

Sabtu, 28 Februari 2015

20 Orang yang ada status memang sentiasa benar

Hari ini ramai yang menjustifikasikan kebenaran berdasarkan status jawatan, pangkat dan gelaran yang mereka miliki. Golongan2 seperti ini ada yang sering menyalahgunakan status mereka untuk membenarkan percakapan dan perbuatan mereka walaupun terhadap perkara yang salah. Dan penyokong mereka pula seolah2 telah dibutakan dengan status yang dia miliki sehingga apa yang mereka mampu buat hanya mengangguk dan menjilat sahaja, dan hanya mampu memejamkan mata terhadap suatu yang salah.



Jumaat, 27 Februari 2015

20 Membongkar keajaiban jam tawaf yang penuh khasiat

Sekarang ini ramai orang menjual dan mempromosikan Jam Tawaf, yakni jam yang jarum jamnya berputar melawan arah jam. Dinamakan sebagai jam Tawaf kerana ia berpusing mengikut arah umat Islam melakukan Tawaf semasa ibadah Haji atau Umrah. Jam ini didakwa mempunyai pelbagai khasiat dan faedah yang tidak terhingga kepada penggunanya.

Dikatakan juga pihak Barat telah mengubah konsep ini, yang merupakan salah 1 rahsia hitam yang tak didedahkan pada umat manusia sehingga minda manusia seluruh dunia berjaya diubah kepada penggunaan jam anti-tawaf seperti yang ada sekarang.

Namun, adakah jam tawaf yang berputar terbalik ini benar2 ajaib dan penuh dengan khasiat?



14 Rahsia bagaimana suatu perkara boleh menjadi viral

Bukan mudah suatu perkara itu boleh menjadi popular, famous lagi terkenal, atau bahasa modennya, "Viral" di Internet terutama di media2 sosial, namun kini ia bukan lagi rahsia.



Khamis, 26 Februari 2015

28 Ritual bangang geng2 MLM memperdayakan mangsa

Ini adalah suatu bentuk kebodohan dan ketahian. Geng2 MLM sudah ada satu ritual baru untuk memperdayakan mangsa2 mereka, iaitu dengan mengumpulkan mangsa2 mereka yang majoritinya orang MELAYU depan sebuah kereta mewah (contohnya BMW M5 berwarna kuning yang hanya ada 8 unit sahaja di Malaysia) dan menjerit terpekik2 terlalak2 dengan begitu bersemangat untuk meyakin dan memberi harapan palsu kepada para downline dan prospek yang mereka juga boleh membeli kereta mewah seperti mereka setelah join program MLM mereka.



15 Bangang itu bukan suatu yang membanggakan

Jika tidak mampu membuat sesuatu yang terpuji, usah membuat sesuatu yang memalukan.
Jika tidak mampu membuat sesuatu yang menyenangkan orang lain, usah membuat sesuatu yang menyusahkan orang lain.
Jika tidak mampu membuat sesuatu yang membanggakan, usah membuat sesuatu yang membangangkan.

Itulah ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan sebahagian orang kita pada hari ini.



Rabu, 25 Februari 2015

26 Jalan raya bukan untuk orang yang degil dan dungu

Memang mudah nak buat u-turn, tak kiralah double line atau tidak. Kita nak memudahkan urusan kita, nak cepatkan urusan kita.

Pemandu Myvi ni mungkin berfikiran yg sama. "Aah... u turn sini senang", fikir beliau dan tanpa berfikir panjang dan melihat dua tiga kali, terus membuat pusingan U haram.

Hasilnya, seorang penunggang motosikal maut. Arwah cuma beberapa ratus meter dari rumah dan dalam perjalanan ke tempat kerja. Isteri dan anak anak keluar melihat sekujur tubuh suami/ayah tidak bernyawa akibat sifat ambil mudah/nak cepat pemandu Myvi tersebut.



14 Mendalami perasaan insan OKU yang haknya dirampas

Fatimah, seorang wanita OKU yang terpaksa bergantung harap pada kerusi roda untuk bergerak sedang memandu kereta di sebuah lebuhraya untuk pulang ke kampung halamannya. Setelah separuh perjalanan, beliau merasa sakit perut dan mahu ke tandas, mujur hentian R&R hanya 5 km lagi. Beliau memandu dengan begitu sabar sehinggalah tiba di hentian R&R tersebut. Dari jauh kelihatan papan tanda "Tempat Letak Kereta OKU" dan terletak betul2 di depan tandas awam.

"Alhamdulillah.", bisik Fatimah dalam hati.

Kereta Fatimah semakin menghampiri tandas awam itu. Kelihatan 2 petak tempat letak kereta yang dikhaskan oleh OKU itu telah dipenuhi dengan motosikal kapcai dan motosikal berkuasa besar. Tempat letak kereta biasa yang berdekatan di sekitarnya pula tiada kekosongan. Fatimah merasa agak kecewa lantas memandu keretanya untuk mencari petak kereta kosong, yang akhirnya ditemui hanya pada jarak kira2 500 meter dari tandas awam tadi.



Selasa, 24 Februari 2015

37 Konsep beli sambil derma yang kurang munasabah

Membeli sambil menderma, sebuah konsep perniagaan yang sudah lama bertapak di Malaysia. Konsep ini membolehkan peniaga menjual produk dan barangan mereka dengan harga yang ditetapkan yang telah dicampur sekali dengan sejumlah nilai derma atau sumbangan, seperti contoh peniaga menjual sehelai baju dengan harga RM30, dengan RM1 daripada pembelian baju tersebut akan digunakan untuk menderma. Walaupun konsep ini nampak baik dan mulia tapi sejujurnya aku tidak bersetuju dengan konsep perniagaan membeli sambil menderma yang bagi aku tak berapa munasabah.


Isnin, 23 Februari 2015

26 Pergi ke pasaraya membeli beras, beras kena pijak!

Ada seorang budak perempuan pergi ke Tesco Nilai, nampak pekerja perempuan Cina pijak beras, ambil gambar upload kat FB dan tulis caption "Nak buat kerja pun tak perlu la pijak beras, beras untuk orang nak makan". Dan setelah aku membuat sedikit kajian, rupa2nya selama ini beras yang kita makan memang sering dipijak2.

Eww gelinya! Tak rela aku nak makan nasi lepas ni. Ada ke patut beras dipijak2, tak hormat pada makanan langsung! Mulai hari ini aku takkan makan nasi lagi, aku akan makan chicken chop sahaja.



Ahad, 22 Februari 2015

43 Anime itu kartun namun tak semua kartun itu anime

Ada orang yang mengatakan anime itu kartun. Ada kalanya ia boleh menyebabkan kemarahan peminat anime sehingga menimbulkan perbalahan dan perdebatan yang panjang. Ini kerana kebanyakan otaku beranggapan bahawa kartun adalah kartun dan anime bukan sebuah rancangan kartun. Mereka tidak dapat menerima jika ada orang yang mengatakan anime itu kartun.

Namun adakah anime itu kartun ataupun bukan? Ya, memang rancangan anime itu kartun, namun rancangan yang biasa digelar kartun itu bukanlah anime. Baca pencerahan selanjutnya dalam artikel ini.

Nota: Artikel ini hanya untuk para peminat anime, otaku dan weeaboos sahaja.



Sabtu, 21 Februari 2015

15 Ketaksuban melampau penyakit anak muda hari ini

Ketaksuban melampau terhadap hobi dan minat merupakan penyakit anak2 muda pada hari ini yang terlalu obses dan fanatik terhadap sesuatu perkara secara berlebihan. Dan apabila ada isu negatif yang menyentuh minat mereka, mereka terus melompat dan bangkit memperjuangkan minat dan kegemaran mereka dengan begitu bersungguh2 dan bermati2an, sedangkan apabila ada isu berkaitan agama dan umat Islam, pejuang2 papan kekunci ini diam seribu bahasa seolah2 tiada apa yang berlaku. Adakah kita meletakkan minat itu lebih atas daripada agama kita sendiri?



Khamis, 19 Februari 2015

8 Jangan biarkan smartphone anda mengkantoikan anda

Sebab bateri smartphone ni agak bangang, tak macam bateri handphone Nokia zaman gajah dulu, kadang2 masa kita betul2 nak pakai atau ada emergency, time tu lah dia buat hal, sampai kita terpaksa buat muka tebal pinjam telefon kawan. Tapi kadang2 pengalaman pinjam smartphone kawan ni kelakar jugak, lebih2 lagi kawan2 yang wajah nampak suci dan innocent yang layak naik awan guling.


Rabu, 18 Februari 2015

12 Cara menjatuhkan perniagaan orang lain tanpa sihir

Kisah 1

Seorang jugambar yang baru sahaja nak berjinak2 dalam dunia bisnes fotografer post gambar dan foto pengantin hasil kerjanya di Facebook untuk tujuan promosi. Tidak berapa lama kemudian, beberapa kawannya yang juga fotografer komen macam2 pada hasil kerjanya berkaitan kompo, pencahayaan, teknik fotografi, itu tak kena, ini tak kena.

Agak kurang ajar disitu.



Selasa, 17 Februari 2015

25 Norma kerja dan tugas setiap pekerjaan itu berbeza

Sikap segelintir kakitangan awam curi tulang waktu bekerja ibarat kudis lama yang masih tidak pulih dalam sektor perkhidmatan awam. Melihat kelibat mereka menghisap rokok selepas sarapan, walaupun jam menunjukkan 10.30 pagi di gerai-gerai bukanlah perkara asing. Malah ada yang sanggup ke luar kawasan, semata-mata mahu menikmati makanan kegemaran mereka tanpa menghiraukan waktu bekerja.

Ada juga yang mengambil kesempatan berniaga dalam pejabat, melakukan urusan peribadi, urusan ke bank, mengambil dan menghantar anak ke sekolah dan pelbagai lagi kegiatan yang sinonim dengan budaya kerja segelintir penjawat awam.



18 Belilah barangan buatan Malaysia mengikut kaum

Kerajaan sering melaungkan slogan dan kempen "Belilah Barangan Buatan Malaysia". Namun sekarang ini nak beli apa2 barang dan produk tempatan, kena pulak semak dulu syarikat yang buat barang tu kepunyaan Melayu ke Cina, peniaga tu peniaga Melayu ke Cina, tauke kedai tu Melayu ke Cina, tapi bila beli dan guna barang dari negara lain, tak pernah pun terlintas dalam kepala hutak kita barang tu bangsa Caucasian yang buat ke, Yahudi yang cipta ke, owner dia orang negara China ke, syarikat tu tauke dia bangsa Jepun ke. Inilah realiti sekarang, Only In Malaysia.


Isnin, 16 Februari 2015

16 Bomoh main golf, demonstran dan misi letup mercun

Rentetan daripada keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, berlaku beberapa peristiwa yang memperlihatkan kedunguan manusia, antaranya Raja Bomoh yang main golf depan penjara, peserta demo anarki yang buat vandalisme serta budak2 baru nak up yang bagi amaran nak bakar mercun depan mahkamah di Malaysia pada malam Tahun Baru Cina.



9 Orang Jepun turut sedih dan hormat kematian TGNA?

Telah bersebaran di media2 sosial sebuah status Facebook yang dikhabarkan milik oleh warga Jepun yang berkongsi gambar beliau dan rakan2 pejabatnya di Jepun yang turut bersedih dan memberikan tunduk hormat sebaik sahaja mendengar perkhabaran Tuan Guru Nik Aziz meninggal dunia pada minggu lepas. Gambar ini menunjukkan kepada kita betapa Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz bukan sahaja disayangi oleh rakyat Malaysia, namun juga orang2 Jepun. Namun, sejauh mana kebenaran status dan gambar tersebut?



Ahad, 15 Februari 2015

11 Etika berpakaian sopan hanya untuk artis luar

Industri hiburan di Malaysia ini sangat pelik, kerana garis panduan dan etika berpakaian sopan hanya terpakai kepada artis luar yang mahu buat persembahan di Malaysia sahaja, sedangkan artis dan selebriti tempatan sendiri pakaian macamlah miskin sangat sampai tak mampu nak beli kain mengalahkan artis barat.


29 Peminat game lucah butthurt dengan laporan akhbar

Muka depan akhbar Harian Metro hari ini telah membangkitkan kemarahan komuniti otaku dan peminat anime di media2 sosial kerana menyiarkan artikel yang bertajuk "Mainan berahi jerat remaja: Bertapa dalam bilik". Laporan itu menyatakan pengendali sebuah laman web dikesan menawarkan 116 permainan video seks secara percuma dengan menyasarkan remaja termasuk kanak-kanak bawah umur. Akibatnya, ibu bapa mengadu anak mereka yang sebelum ini ulat buku dan aktif bersukan, kini hanya bertapa di dalam bilik kerana ketagih permainan itu. Persoalannya, kenapa peminat anime perlu melenting?



Sabtu, 14 Februari 2015

21 Online portal gergasi yang membuli blogger2 kecil

Menulis blog bukannya semudah pejam dan celik mata, lebih2 lagi original entry sebab ia memerlukan idea, ilham, mood, komitmen dan juga masa untuk menulis. Walaupun kita hanya seorang blogger picisan dan blog kita tak sepopular mana, namun sekurang2nya kita berusaha untuk menulis sendiri entry agar buah fikiran kita dapat disampaikan kepada orang lain seperti mana aku pernah tulis di entry "Catatan aku sebagai penulis blog Buasir Otak".

Namun agak malang dalam industri penulisan tanah air apabila blogger2 kecil seperti aku dibuli oleh blogger besar dan online2 portal gergasi seperti PenMerah[dot]com apabila mereka dengan sewenang2nya mencuri, mencilok dan merembat sahaja artikel2 daripada blog2 lain yang kurang popular dan dikenali untuk dimuatkan dalam Facebook dan blog mereka semata2 nak tarik hits traffic dan visitor demi menjana dan memperoleh keuntungan.



13 Keegoan seseorang yang bergelar ibu dan bapa

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap
Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.

Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.



Jumaat, 13 Februari 2015

4 Perginya seorang pemimpin yang disayangi ramai

Kembalinya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kepada Yang Maha Pencipta memberikan impak yang besar terhadap rakyat Malaysia dan rakyat negeri Kelantan khususnya kerana jasanya menjaga negeri Kelantan sekian lamanya. Kehilangannya turut dirasai oleh sebilangan besar umat Islam di Malaysia, malah pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat yang Islam dan bukan Islam juga ramai yang cukup terasa dengan pemergian seorang tokoh pemimpin dan juga ulama besar yang sepanjang hayatnya hidup dalam serba sederhana dan begitu merendah diri.

Bukan selalu tokoh seperti Tuan Guru Nik Aziz wujud di dalam negara kita, disebabkan itu kepemergian beliau amat dirasai dan menyentuh hati orang ramai. Benarlah, adalah mudah untuk menjadi seorang pemimpin yang dihormati, namun bukan mudah untuk menjadi pemimpin yang disayangi, dan ternyata Tuan Guru Nik Aziz adalah seorang pemimpin yang disayangi ramai.


Khamis, 12 Februari 2015

7 Belasungkawa: Datuk Nik Aziz dan Datuk Hasbullah Awang

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un

DaripadaNya kita datang, kepadaNya jugalah kita kembali. Sesungguhnya berita kematian 2 orang tokoh ini pada hari yang sama agak mengejutkan. Seorang adalah antara tokoh agama dan politik yang paling berpengaruh, seorang lagi antara tokoh pengacaraan dunia sukan yang paling dihormati dan disegani. Salam takziah buat Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Hasbullah Awang. Marilah kita sama2 mendoakan agar mereka ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan dirahmati Allah Taala.



10 Buku Buasir Otak: The Komik versi Digital

Seperti yang sedia maklum, sebelum ini kami telah menerbitkan buku komik kami sendiri iaitu BUASIR OTAK: THE KOMIK dan telah pun SOLD OUT! Jutaan terima kasih kepada semua yang telah membeli buku komik kami. Walaupun buku versi bercetak telah habis dijual, namun kami masih menerima banyak email tempahan. Kami memohon maaf kerana kami masih belum bercadang untuk mencetak semula komik ini dalam masa terdekat.

Namun bagi yang tidak berkesempatan atau terlepas peluang untuk membelinya, jangan risau kerana kini anda boleh membeli buku komik Buasir Otak: The Komik versi digital di Google Play Books dengan hanya RM10!



Rabu, 11 Februari 2015

18 Siapakah watak sebenar di sebalik Amran Fans?

Siapa yang tak kenal dengan Amran Fans? Sebuah FB fanpage parodi dengan tema "Kebodohan Amran Hanya Untuk Mereka Yang Berakal" yang sangat terkenal yang penuh dengan status dan lawak2 satira yang sinis dan sarkastik terhadap pelbagai isu yang berlaku di tanah air dari hiburan, politik, berita semasa malah lawak cintan cintunnya dengan para artis seperti Hanis Zalikha, Yana Samsudin dan lain2, ditambah pula dengan skill edit gambar tahap dewa yang budak multimedia pun tak boleh nak cam. Walaupun fanpage Amran Fans ini sangat terkenal, namun tahukan anda siapakah gerangan orang di sebalik wajah Amran Fans dan macam mana beliau boleh menjadi sangat popular dan famous?



Selasa, 10 Februari 2015

26 Kes liwat Anwar dan Saiful selesai jua akhirnya

Akhirnya Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan dengan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu pada tahun 2008, menyaksikan beliau kembali ke Penjara Sg. Buloh, tempat di mana beliau dipenjarakan sebelum ini atas kes liwat 1.



13 Artis K-Pop buat konsert pakai topi tulisan Jawi

Alamak, ada artis K-Pop iaitu Taeyang yang buat konsert kat Malaysia pula bikin panas. Kalau dulu ada kumpulan K-Pop peluk perempuan melayu bertudung atas pentas, kali ini artis K-Pop ini menyanyi atas pentas pakai topi yang ada tulisan Jawi. Bukan itu sahaja, peminat K-Pop yang bukan Islam juga ada yang pakai baju yang ada tulisan Jawi tu. Malah Taeyang nak menawarkan seluar dalamnya kepada peminat! Ini sudah melampau! Kami membantah keras tindakan penyanyi K-Pop yang tidak sopan ini. Tulisan Jawi cuma boleh digunakan oleh orang Melayu sahaja! Kita patut bersatu untuk boikot artis K-Pop! Jangan cuba mencabar maruah bangsa Melayu dan agama Islam!


Isnin, 9 Februari 2015

19 Hukum hudud bukan punca gejala pedofil meningkat

Golongan pedofil dikuatiri akan membanjiri Kelantan sekiranya undang-undang hudud berjaya dilaksanakan di negeri itu, kata jurucakap Kumpulan Tokoh Melayu (G25), Datuk Noor Farida Ariffin.

Bercakap dalam sebuah forum 'Malaysia, Kebebasan Ekonomi dan Globalisasi' sempena ulang tahun Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) yang ke-lima hari ini, untuk itu beliau menolak sepenuhnya undang-undang hudud sekiranya ia dilaksanakan di negara ini.



24 Pengajaran dari kisah gadis genius Sufiah Yusof

`Saya tidak lagi pintar, hanya wanita yang membosankan’ – Sufiah Yusuf

NAMANYA menjadi sebutan dunia apabila lulus dalam peperiksaan matematik A-Level dan diterima memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun.

Selepas tiga tahun di Oxford, Sufiah Yusuf mengejutkan dunia apabila dia menjadi buruan polis selepas melarikan diri dari universiti berkenaan, dipercayai akibat tertekan ekoran masalah keluarganya.



Ahad, 8 Februari 2015

31 Catatan aku sebagai penulis blog Buasir Otak

Masa tengah lepak2, ada seorang kenalan bertanyakan kepadaku, "Kau tak pernah join ke apa2 event atau gathering geng2 blogger ko?", membuatkan aku terfikir, aku ada ke geng blogger? Ada ke blogger yang lain menganggap aku sebagai sebahagian daripada komuniti blogger Malaysia? Malah adakah aku sendiri seorang blogger? Entahlah.

Kini sudah 3 tahun aku menjadi penulis kat blog Buasir Otak ini. Nak kata aku seorang blogger, mungkin tidak, mungkin aku hanya seorang keyboard warrior yang menggunakan perkhidmatan laman web Blogger atau Blogspot sebagai medium untuk menulis.



Jumaat, 6 Februari 2015

12 Segmen Maharaja Lawak Mega 2014 - Minggu 13

[TONTON SECARA LANGSUNG / LIVE ONLINE STREAMING] Setelah 13 minggu bertarung, Maharaja Lawak Mega 2014 akhirnya sudah sampai ke penghujungnya. Antara Sepahtu, Shiro, Bocey, Nabil dan Zero, siapakah yang bakal menjadi Juara MLM2014 ini? Dengan tema Muzikal Komedi dan Bebas, aku harap semua peserta finalis akan memberikan sebuah persembahan yang hebat dan mantap sesuai dengan pentas final MLM2014. Siapa yang bakal menjadi juara, kita tunggu sama2 malam ini. Sementara itu boleh baca dulu ulasan dan analisis aku mengenai prestasi setiap peserta finalis di Segmen MLM2014 minggu ke-12 yang lepas.


25 Perihal orang Melayu menurut Frank Swettenham

Dalam karya beliau yang terkenal, "Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang melayu dizamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871,iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau, bab tersebut diberi tajuk " The Real Malay". Naskah " Malay Sketches" in dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun.



Khamis, 5 Februari 2015

30 Awek malam jumaat dalam group WhatsApp Melayu

Dulu aku pernah kongsikan kisah tipikal group WhatsApp orang Melayu. Kali ini aku nak kongsikan apa yang selalu ada dalam group WhatsApp lelaki Melayu terutama bila tiba hari Khamis malam Jumaat. Ramai orang lelaki Melayu biasanya akan kongsi dan forwardkan gambar2 awek Melayu cun dan comel sama ada bertudung atau tidak bertudung yang ditambah dengan dialog rekaan seperti "Abang jangan lupa malam ni malam Jumaat", "Sayang tunggu abang kat bilik ya" dan macam2 lagi dialog2 mukadimah jimak kat group WhatsApp kawan2 lelaki mereka.



24 Kenali puak-puak kecil dalam kaum Melayu

Malaysia negara yang berbilang bangsa. Ada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Jika di ambil kira puak-puak kecil dalam kaum Melayu, memang berlambak la. Kami bukan cakap pasal kaum Kelantan, atau kaum Negeri Sembilan, tapi puak-puak kecil yang tiba-tiba wujud dalam Melayu itu sendiri sebab peredaran zaman. Kita mulakan dengan yang paling common dulu…



26 Logik orang Melayu / The Malay Logic

"Pak cik naik basikal tadi. Pak cik sendal rotan kat celah rim basikal. Baru jalan sket, tayar jammed. Jatuh gedebuk pak cik. Macam buah nangka!" cerita si Pak cik.

"Mesti pak cik beli basikal tu di kedai Cina. Betul tak? Kalau beli di kedai Melayu, confirm tak jatuh."



Rabu, 4 Februari 2015

10 Kenapa orang Melayu UMNO dan PAS sukar bersatu?

MCA dan DAP setuju bersatu melawan Ismail Sabri dalam isu "boikot peniaga cina"

Ketua Pemuda MCA bersetuju untuk bersama dengan keseluruhan parti DAP untuk menyerang semula tekanan yang diberikan oleh Menteri Pertanian Ismail Sabri yang menyeru orang Melayu supaya memboikot mana mana peniaga cina yang tidak mahu menurunkan harga barang.

Jika tuan tuan bijak lestari, mengapakah cina mudah bersatu dan tolak tepi perbezaan yang ada demi kepentingan bersama kaum mereka, tetapi kita orang Melayu UMNO dan PAS sukar bersatu? Di mana silap dan apa puncanya? Siapa yang menolak penyatuan ini sebenarnya?



21 Sayang penganut agama lain bukan kerana agamanya

Masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia sudah hidup aman, damai dan harmoni sejak sekian lama. Sikap toleransi orang-orang Melayu yang beragama Islam terhadap perayaan-perayaan agama lain di tanah bertuah ini tiada tolok bandingnya di dunia.

Sayugia diingatkan bahawa keharmonian yang dikecapi selama ini adalah kerana amalan hormat menghormati, bantu membantu, saling menerima kewujudan antara satu sama lain, berdasarkan hubungan persaudaraan sesama manusia, tanpa menyentuh soal agama.



22 Notis penurunan harga barang yang tak pernah wujud

Para pelanggan yang dihormati,

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 9 Februari 2015, sukacita dimaklumkan bahawa harga produk, tarif dan kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan yang kami sediakan akan diturunkan dari 10% ke 15%.

Penurunan di atas adalah sejajar dengan penurunan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa yang telah mengalami 3 kali penurunan pada bulan Disember 2014, Januari 2015 dan yang terbaru Februari 2015 selaras dengan penurunan harga minyak semasa dunia.


Selasa, 3 Februari 2015

5 Sertai kru lanun One Piece dengan T-Shirt ini

[STICKY POST] Anda seorang peminat siri manga/anime One Piece?

Anda pernah berimaginasi untuk menjadi salah seorang kru kumpulan lanun atau Marine dalam dunia One Piece?

Mahu menjadi kru kepada kumpulan lanun Monkey D Luffy, Shanks, Whitebeard atau Gol D Roger? Atau menjadi kru angkatan tentera laut di bawah Smoker, Kizaru dan Akainu?

Kini anda boleh menjadi salah seorang kru dalam mana2 kumpulan lanun atau penguasa dalam dunia One Piece dengan membeli baju T-Shirt One Piece Custom Limited Edition ini!



30 Mahasiswi dibunuh peminat lelaki psiko syaitan

Masalah hubungan cinta dipercayai menjadi punca seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang maut dalam keadaan menyedihkan apabila lehernya dipercayai dikelar oleh teman lelakinya hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari di Kilometer 228.2, Le­buh Raya Utara Selatan dekat Bukit Gantang di sini, mangsa, Nursyuhada Johari, 20, disahkan meninggal dunia selepas dua jam bertarung nyawa ketika mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Kangsar.


Isnin, 2 Februari 2015

31 Projek Buku Buasir Otak: The Komik

Setelah lebih kurang 6 bulan merancang, mengumpul rakan pelukis, berbincang, berusaha, bertungkus lumus, bekerja keras, maka akhirnya terhasil juga projek komik sulung kami iaitu BUASIR OTAK: THE KOMIK.

BUASIR OTAK: THE KOMIK merupakan koleksi himpunan komik2 pendek yang diterbitkan secara indie hasil kolaborasi 13 orang blogger dan pelukis amatur di dunia maya Internet iaitu Aika, Aujinz, Az, Cero, Dayang Deno, Deaday, Nazha Anua, Plain83, Prince of Noob, Shada Wentz, The Sharkox, Syue Artz dan Yura Yu.

Buku komik setebal 162 muka surat ini mengandungi lawak yang tak berapa nak kelakar, sindiran dan sarkastik terhadap mentaliti dan sikap tipikal orang2 kita, asam garam kehidupan, kisah realiti yang berlaku dalam masyarakat kita seharian yang merangkumi pelbagai topik seperti isu semasa, berita, politik, sukan, hiburan, agama, teknologi, cinta, rumahtangga, kekeluargaan, pendidikan, persahabatan dan lain-lain.

Preview komik BUASIR OTAK: THE KOMIK:



25 Anjing dalam arena bola sepak tempatan

Beberapa keping gambar penyokong pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengibar kain rentang bergambar anjing memakai baju berlogokan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), sambil memegang anak anjing, kini menjadi viral di laman sosial.

Tindakan itu dikatakan berlaku, ketika perlawanan Piala Sumbangsih 2015 antara JDT menentang Pahang, Sabtu lepas, di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin menimbulkan kritikan negatif daripada warga siber.



Ahad, 1 Februari 2015

20 Pengharaman penggunaan meme Datuk Jackie Chan

Bintang antarabangsa dan pelakon Hong Kong, Chan Song Kang atau Jackie Chan kini bergelar Datuk selepas menerima Panglima Mahkota Wilayah (PMW) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, pagi tadi. Chan, 60, adalah antara 356 penerima darjah kebesaran bintang dan pingat sempena Hari Wilayah.

Memandangkan Jackie Chan telah bergelar Datuk, maka dengan ini semua penggunaan meme Jackie Chan adalah diharamkan sama sekali kerana dikhuatiri akan menyinggung perasaan Datuk Jackie Chan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...