Sabtu, 13 Jun 2015

15 Luahan hati peniaga online diserbu di pejabat pos

Dulu kami kerja gaji RM1200-1500 sebulan, tapi tak cukup untuk tampung sebulan, nak bayar sewa rumah, kereta, bayar pengasuh, belanja duit dapur, belanja anak sekolah dan macam2 lagi, sampai belanja sebulan jadi defisit. Nasib baik ada Dato' Seri Najib yang umumkan supaya rakyat buat income sambilan meniaga online, kerja part time kat mana2 pasaraya.

Alhamdulillah dgn dorongan Dato' Seri Najib dengan modal RM300 kami mula berjinak2 meniaga secara online, perniagaan semakin berkembang dan banyak rangkaian ejen seluruh Malaysia. Ramai rakan2 ejen dulu mengeluh dengan kehidupan kini Alhamdulillah boleh tersenyum lebar dan ada yang berniaga online sepenuh masa.


Tup tap tup tap tiba2 kerajaan nak suruh peniaga online mempunyai lesen untuk berniaga online, ape ke bangang ni?!!

Jual tudung 3-4 helai sehari dgn keuntungan 7-8 ringgit nak pakai lesen ker? Nak minta izin kerajaan ker?
Jual baju 3-4 helai sehari secara online nak ada lesen ker, nak minta keizinan kerajaan ker?
Jual produk kecantikan dan kesihatan 3-4 barang sehari, nak lesen dengan keizinan kerajaan ker?

Mana dasar kerajaan yang minta orang Melayu tambah pendapatan melalui perniagaan? Mana!! Mana! 2-3 hari ni sibuk agensi kerajaan seperti KKM, KASTAM, SKMM, KPDNKK buat operasi di merata tempat termasuk pusat2 courier.

Aku nak tanya KKM...

Motif KKM untuk banteras penjualan ubatan terlarang yg tiada kelulusan yang membahaya kesihatan, itu kata KKM la (sedangkan tak merbahaya pun), bagaimana dengan penjualan arak dan rokok yg berleluasa, yang terang2 membawa kerosakan kepada pengguna, boleh merosakkan otak, usus dan boleh menyebabkan parkinson, sebab ada lesen la boleh jual arak dan rokok tu kan? Kalau nak mampus lepas minum dan hisap rokok tu bukan korang kisah sebab dah ada lesen. Semua cukai punya hal la. Bukan korang kisah pun pasal kesihatan.

Aku nak tanya Kastam...

Kastam buat serbuan sebab barang tak bayar cukai, GST...
Peniaga baju, jam dan macam2 lagi secara online, mereka beli dari local suplier semua barang tu, kastam cakap tak bayar cukai, barang2 tu semua masuk dari Port Klang, KLIA, melalui pemeriksaan kastam, bagaimana barang2 tersebut lepas dari pemeriksaan kastam?
Ada hantu? Toyol? Atau pontianak ke yang lepas barang tu? Tepuk dada tanya selera la bro.

Kesian peniaga online.
Prabayar PosLaju minima rm7 sekeping.
Dikoyak dan dibuka oleh korang, kalau ada 30 pack baju dalam tu 30x7, bersamaan 210 peniaga online rugi, gara2 korang, kalau korang bayar balik takpe, ni korang lepas tangan jer, betul2 bangang la korang semua.

Orang Melayu buat bisnes halal (jual kosmetik, baju, tudung dan lain2 je pun, bukannya jual dadah), korang pergi serang, koyak semua bungkusan PosLaju banyak2 yang nak dihantar kepada pelanggan, pastu taknak ganti pulak bila dah tau produk2 tu tak menyalahi undang2.


Dah kena sawan babi ke apa? Sapa la bos korang yang bagi arahan tu. Dah makan Koko Minda ke belum?

Cina jual CD cetak rompak penuh tepi jalan, kedai urut, tak de pulak nak serbu.

Info ni untuk peniaga online semua, harap bersabar moga ALLAH mudahkan jalan utk kita semua, Insya Allah.

Luahan hati diambil daripada FB Hasbuljalil Raja Langkasuka.

Baca juga "Isu KKM, KPDNKK Rampas dan Koyak Bungkusan POSLAJU Peniaga Online". Berikut pula antara luahan hati peniaga2 online yang menjadi mangsa:










* * * * * * * * * *

Dalam kes ini aku duduk tengah2. Nak kata orang Melayu je kena orang Cina tak kena, sebelum ni Petaling Street dah kena serbu KPDNKK, rumah urut B2B, rumah urut gay dan pusat pelacuran pun dah pernah kena serbu.

Cuma bab nak serbu peniaga online sampai koyak bungkusan kat PosLaju tu bagi aku tak berapa sesuai. Kalau nak semak jugak barang2 yang mungkin merbahaya dan tidak mendapat kelulusan KKM, dapatkan la maklumat dulu mengenai barang tersebut, cari, selidik, lepas tu serbu la headquarter/ibu pejabat/kilang/premis yang membuat atau membekalkan produk tu kepada para peniaga. Bukan ke Malaysia ni memang hebat dalam bab2 menyelidik dan pengintipan ni?

Jangan la terus target peniaga2 kecil yang berniaga secara online tu. Balik2 ikan bilis je kena, tapi ikan jerung yang menjadi puncanya selalu terlepas.

Cuma bab peniaga online kena ada lesen tu, bagi aku tak perlulah, sebab yang meniaga online ni kebanyakannya secara kecil2an sahaja malah jual dari rumah sahaja, lainlah kalau peniaga tu memang ada kedai, premis perniagaan atau syarikat maka memang perlulah lesen untuk berniaga.




tags: luahan hati peniaga online atas talian kena serbu barang koyak bungkusan parcel poslaju courier kurier kkm skmm kastam polis pdrm kpdnkk agensi kerajaan operasi

15 ulasan:

  1. Kesian peniaga-peniaga yang kena serbu tu rata- rata melayu. Bagilah amaran dulu ini tak terus serbu dan koyak slip bayaran. Kata rakyat didahulukan tapi tak seiring pun dengan slogan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan nak jadi macai kastam, kpdnkk, kerajaan atau apa, tapi benda ni takda kaitan langsung dengan mana-mana bangsa. random check ni normal. pergilah airport, port, cari kawan-kawan yang kerja dibidang berkaitan. trader non malay yang import barang ribu juta pun kena lalu proses sama. barang kena open secara random. kadang-kadang memang ada barang yang damage kerana pekerja yang bertanggungjawab careless.

      Padam
    2. boo macai
      macai amno
      macai najib
      macai mad maslan
      macai hasan malek
      macai shabery cheek
      boooo macai

      Padam
  2. Luahan hati seekor maleis...

    BalasPadam
  3. aku pernah kena tipu dulu masa beli online. Butoh dah bayar tak hantar barang kebabian apakah. Memang padan muka lah kena. Tapi x sokong lah tindakan bukak bungkusan. Kalau x buat lesen tu memang patut bukan mahal pon, dan lebih terjamin kepada pelanggan

    BalasPadam
  4. benda ni normal kalau korang biasa beli barang outside malaysia. kastam have a right to open the parcel randomly. peniaga ubat kurus, tudung, alat mekap ni jer buat terkejut. meleis sangat

    BalasPadam
  5. bukan ke kalo nk geledah barang yg ada dlm rumah atau kedai kita perlu ada waran geledah dulu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rumah suspek proses dadah pun kena dpt waran baru boleh serbu......

      Padam
  6. Perangai macam samseng kawasan mintak wang pelindungan.
    Cuma beza kali ni samseng tu ada kad kuasa.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. teruk betul. dah takde cara lainke nak buat

    BalasPadam
  9. Lagi Gambar serbuan... Jom Terjah !! >>> CLICK HERE !!<<<

    BalasPadam
  10. Dunia makin tak adil.Entah macam mana aku rasa aku duduk kat negara dengan Sistem Kabilah.Persamaannya banyak sangat kot!

    BalasPadam
  11. Kau tak isap rokok boleh le cakap , boleh rosak otak le apa la. Mcm tak otak kalau bercakap . Kalau kau nak salahkan kerajaan pergi lah pejabat kerajaan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.