Sabtu, 25 Julai 2015

4 Kisah Raya: Secebis memori manis di Hari Raya

Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. Aku ingat lagi, masa tu bila balik kampung rumah atuk, aku akan berjumpa dengan sepupu2 yang lebih kurang sebaya dengan aku.


Walaupun jumpa mereka boleh dikatakan setahun sekali, tapi bila dah sekali berjumpa, gayanya seperti setiap hari berjumpa. Berborak pasal ultraman, ksatria baja hitam...


...main bola, mercun, bunga api...





...tutup oren...


...berkongsi komik, menyakat orang, naik motor pusing keliling kampung...


...pergi beraya rumah orang yang tak kenal, semua dibuat bersama2 tidak kira yang lelaki mahupun perempuan.


Kini aku masih lagi pulang ke kampung atuk sempena hari raya. Ada sepupu yang masih balik, ada juga yang sudah tidak balik lagi ke kampung.


Walau aku masih berpeluang berjumpa dengan sepupu serta suami/isteri dan anak2 mereka bagi yang sudah bekeluarga, namun hubungan kami tidak lagi akrab seperti waktu kecil dahulu.


Bila berbual terasa janggal, seperti berbual dengan orang yang baru dikenali. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa seperti kecil dahulu.


Aku sedar jarak dan masa telah membuatkan kami semakin jauh.


 Namun...



 ...semua kenangan sewaktu kecil yang kini hanya secebis memori dalam ingatanku...


...akan aku simpan dan hargai sampai bila2,...


...kerana aku tahu ia tidak akan dapat diulang lagi buat selama2nya.



Entry re-post raya tahun lepas - Kenangan Ramadhan, Raya dan Aku, yang ditulis oleh Prince of Noob dan dilukis oleh Nazha Anua.

Semoga semua terhibur dengan kisah2 raya yang Aila sajikan sempena Hari Raya Aidilfitri 2015 ini. Jika ada salah dan silap Aila susun 10 jari memohon seribu kemaafan buat semua pembaca Buasir Otak sekalian.

Semoga kita bertemu lagi.

ಥ_ಥ




4 ulasan:

  1. Sedih gak baca kisah ni
    Walaupun dah pernah baca cerita ni sblm2 ni

    Tapi aku rasa lbh krng gak ah bro kisah kita
    dulu waktu kecik semua ok je
    bila dah besar persn tu dah x sama mcm sblm2 ni
    Huhu

    Cool Guy

    BalasPadam
  2. tidakkkk... aila jangan tinggalkan daku..

    BalasPadam
  3. boleh tak nk guna kartun ni untuk sampul raya?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon tanya tuan punya lukisan iaitu Nazha Anua atau Nazrul Ali. Boleh cuba emel dia nazhaanua[at]gmail.com.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.