Jumaat, 18 Mac 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 8

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Sudah tinggal 8 sahaja peserta yang akan bertanding dalam Maharaja Lawak Mega 2016 minggu ke-8. Dengan kurangnya bilangan peserta menjadikan pertarungan semakin sengit, demand dan expectation peminat juga semakin tinggi. Dengan tema Bebas pada minggu ini persembahan peserta sama ada akan menjadi sangat bagus atau sangat hambar. Jika salah pilih topik yang salah mungkin akan memakan diri sendiri. Setakat ini favor aku adalah kumpulan Lol dan Rayza, harap mereka tidak akan jadi hambar malam ini.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 8 di bawah.






Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 8 di bawah.

TEMA: Bebas

1. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


2. BORA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


3. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


4. ENJEN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)


5. JORAS (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHaHa)


6. RAYZA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


7. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)


8. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)



Man of The Match: Mamat Bora


Peserta yang tersingkir: Tiada


Kesimpulan: 

Seperti yang aku cakap di atas, tema bebas ni boleh jadi best gila atau memakan diri sendiri. Untuk malam ini, dari segi nilai komedi, aku memilih kumpulan Puteh untuk ranking no. 1. Lawak mereka kali ini memang sangat menjadi dan banyak punchline yang memang aku ketawa terbahak-bahak terutama bila Mamak Puteh kena bahan kaw-kaw macam part gambar kat beg dan juga kena sapu bedak penuh kat muka. Cuma punchline tu macam senjata rahsia kerana lepas ni dah tak boleh nak membahan Mamak sangat dah nanti orang bosan dengan lawak ulangan.

Namun dari segi penceritaan, kumpulan Lol adalah yang terbaik. Mereka boleh bawa mood seram dalam komedi mereka atas sebuah persembahan pentas. Rayza juga tidak mengecewakan, namun masih ramai lagi yang tak boleh menerima dan hadam lawak sarkastik stand up comedy kerana mungkin dah terlalu biasa dengan lawak-lawak jenis sketsa.

Selain Lol, kumpulan Bocey juga turut mendapat markah 5 Ha dari juri. Aku bukan nak mempertikaikan sangat cuma aku rasa persembahan Bocey bukanlah tak best cuma dah terlalu biasa sama seperti komedi mereka sebelum-sebelum ini. Tiada apa yang baru tiada apa yang istimewa. Mungkin mereka dapat 5 Ha kerana mereka itu Bocey, manakala kumpulan underdog yang lain buatlah best macam mana pun agak sukar untuk dapat 5 Ha seperti Puteh.

Sketsa kumpulan Enjen terlalu banyak jerit-jerit yang membingitkan telinga manakala Joras agak hambar ditambah lagi dengan lawak double meaning seperti nama Zakaria Anjang. Aku harap minggu depan tak perlu lah lagi lawak-lawak lucah double meaning ni.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 8:

1. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
2. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
3. RAYZA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
4. BORA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
6. SAYWHO (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)
7. ENJEN (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHaHa)
8. JORAS (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHaHa)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 8

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.