Jumaat, 25 Mac 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 9

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Minggu ke-9 Maharaja Lawak Mega 2016 masih menyaksikan 8 peserta akan berentap di atas gelanggang komedi ini kerana minggu lepas tiada penyingkiran. Dah masuk minggu ke-9 tapi peserta masih 8 orang, tidak pasti MLM2016 kali ini akan berlangsung sehingga minggu keberapa. Mungkin akan ada 2 atau 3 minggu lagi sebelum ke final yang mungkin hanya 5 peserta yang akan berentap di pentas final. Minggu ini temanya adalah Kenangan, dan aku jangkakan mungkin akan ada babap-babak throwback yang menyedihkan.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 9 di bawah.






Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 9 di bawah.

TEMA: Kenangan

1. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


2. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)


3. RAYZA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


4. ENJEN (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)


5. PUTEH (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


6. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)


7. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHaHa)


8. BORA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)


Man of The Match: Mamak Puteh


Peserta yang tersingkir: ENJEN


Kesimpulan: 

Aku tak tahu kenapa tapi minggu ini rata-rata persembahan peserta semua sangat biasa-biasa, tak mencengkam langsung. Adakah sebab temanya susah sangat ke aku tak tahu. Yang aku rasa paling lawak pun kumpulan LOL, tapi itu pun masih tak boleh menandingi minggu-minggu sebelumnya. Dan yang paling aku nampak ada usaha dan cuba bagi kelainan yang bagus cuma JORAS.

Paling aku kecewa adalah BORA, sebab expectation aku pada mereka agak tinggi juga. Kumpulan BORA adalah antara peserta yang aku expect akan pergi ke final, tapi persembahan mereka untuk malam ini tak tahu mana silapnya, sangat tidak menjadi dan menggeletek hati dengan watak pari-pari yang tiba-tiba muncul tak boleh nak brain.

Minggu ni kumpulan ENJEN tersingkir. Kalau berdasarkan persembahan mereka malam ni dan juga sebelum-sebelum ini, memang mereka paling layak tersingkir kerana prestasi pasukan lain baik. Cuma untuk cerita malam ini, prop semua dah ok tapi mereka terlalu banyak guna istilah dan babak yang audien dewasa pun tak boleh brain sangat kerana mungkin tak semua merasa jadi rockers zaman dulu.

Kumpulan lain aku tak nak komen sangat, sebab rata-rata cuma average, tidak terlalu bagus dan tidak terlalu teruk, tengah-tengah sahaja.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 9:

1. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
2. JORAS (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
3. RAYZA (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
4. PUTEH (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHaHa)
6. SAYWHO (Laugh-O-Meter: LOL | Rating Juri: HaHaHa)
7. ENJEN (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)
8. BORA (Laugh-O-Meter: HEHE | Rating Juri: HaHaHa)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 9

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.