Jumaat, 15 April 2016

0 Segmen Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 12

[TONTON VIDEO LIVE STREAMING DAN BACA ULASAN] Maharaja Lawa Mega 2016 minggu ke-12 pada malam ini dengan tema Radio dan Artis Jemputan merupakan minggu Suku Akhir. Ini bermakna kita ada 2 minggu lagi iaitu minggu Separuh Akhir dan Akhir. Bermakna juga MLM2016 adalah MLM paling lama bersiaran iaitu sebanyak 14 minggu. Kali ini cuma tinggal 5 peserta sahaja lagi. Jika malam ini dan minggu depan setiapnya ada 1 penyingkiran, ini bermakna hanya 3 peserta sahaja yang akan ke final yang mungkin tidak akan terjadi, so malam ini atau minggu depan salah satunya mungkin tidak akan ada penyingkiran.


* Setiap persembahan peserta akan dirating menggunakan Laugh-O-Meter berikut...

  • HUH??? : Tak lawak langsung, jangankan nak gelak, sakit hati lagi adalah.
  • HEH : Nak gelak boleh, tak nak gelak pun boleh.
  • HEHE: Bolehlah sikit2 gelak kesian.
  • HAHA: Persembahan yg agak menghiburkan, boleh tahan.
  • LOL: Lawak la jugak, rugi tak tengok.
  • LMAO: Memang sangat lawak sampai ketawa terbahak2.
  • ROTFLMAO: Paling lawak tahap gaban sampai pecah perut dan berguling2 atas lantai.

Tonton online streaming Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 12 di bawah.






Tonton persembahan setiap peserta Maharaja Lawak Mega 2016 - Minggu 12 di bawah.

TEMA: Radio

1. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


2. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHa)


3. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHa)


4. RAYZA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)


5. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)



TEMA: Artis Jemputan

1. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)

Artis Jemputan: Mak Jah

2. PUTEH (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)

Artis Jemputan: Hamid Gurkha

3. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)

Artis Jemputan: Nabila Huda

4. RAYZA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)

Artis Jemputan: Anas Ridzuan

5. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)

Artis Jemputan: Puteri Balqis

Man of The Match: Fadh Bocey

Peserta yang tersingkir: Tiada Penyingkiran


Kesimpulan: 

Malam ini untuk tema Radio rata-rata memang best dan tidak mengecewakan, memang semua buat aku gelak terbahak-bahak. Dan salute kepada kumpulan Puteh, walaupun kumpulan underdog dan juga juri tidak menyebelahi mereka, tapi aku yakin ramai penonton suka dengan mereka. Lawak Smule tu memang kelakar dan baru. Kumpulan Bocey dan Lol juga memang best, begitu juga dengan Joras, cuma aku terpaksa potong sikit markah kerana ada lawak-lawak yang kurang sopan sampai kena mute. Rayza walaupun aku bagi LMAO sahaja tapi tetap tidak mengecewakan dan menggeletek hati.

Untuk pusingan kedua dengan tema Artis Undangan, bagi aku tidak sebest pusingan pertama. Aku berbelah bagi untuk memilih ranking tapi akhirnya aku pilih kumpulan Puteh juga untuk ranking pertama, kerana dia bawa pelawak legend iaitu Hamid Gurkha malah boleh melayan dan bersabar dengan karenah beliau atas faktor usia. Untuk Lol, Bocey dan Joras, aku agak awkward dengan pelakon jemputan mereka kerana banyak adegan yang membuat aku agak kurang selesa.

Dan Rayza pula, masalah yang utama adalah pertama, artis jemputan yang dibawa agak kurang dikenali iaitu Anas Ridzuan. Kedua, dia tak pernah membuat persembahan lebih dari seorang dalam MLM ini so agak awkward bila dia berlakon kerana audien sudah biasa melihat beliau membuat stand-up comedy, dan yang ketiga, cerita dan sketsa agak jauh kedepan untuk dihadam oleh audien Melayu.

Apa-apa pun seperti yang aku jangka, minggu ini tiada penyingkiran. Oleh itu minggu depan pasti akan ada seorang tersingkir dan hanya 4 orang akan ke final.


Ranking aku untuk persembahan Minggu 12:

TEMA: Radio

1. PUTEH (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHa)
2. BOCEY (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
3. LOL (Laugh-O-Meter: ROTFLMAO | Rating Juri: HaHaHa)
4. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
5. RAYZA (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)

TEMA: Artis Jemputan

1. PUTEH (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
2. LOL (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
3. BOCEY (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHaHa)
4. JORAS (Laugh-O-Meter: LMAO | Rating Juri: HaHaHaHa)
5. RAYZA (Laugh-O-Meter: HAHA | Rating Juri: HaHaHa)


Kredit gambar: Fanpage Maharaja Lawak
Kredit video: Fanpage Pencuri Movie
Laman rasmi MLM2016: http://www.maharajalawakmega.com.my/




tags: segmen review ulasan maharaja lawak mega 2016 mlm tonton watch full video live online streaming siaran langsung peserta ranking rating undian keputusan tersingkir kedudukan teratas terbawah ac mizal hos juri video penuh download youtube hd astro mustika warna markah reza saywho chilok awok,kavin shake bora puteh xola enjen bos cham bocey jaros lol episod minggu 12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.