Isnin, 3 April 2017

6 Betapa orang kita mudah sangat untuk ditipu

1 April adalah hari April Fools'. Hari di mana ramai orang kenakan orang lain dengan prank dan troll atas dasar gurauan. Aku tidak mahu membincangkan asal usul dan sejarah hari April Fools' ini atau hukum orang Islam menyambutnya, korang boleh cari sahaja di Internet.

Namun April Fools' ini bukan lagi sekadar usikan dan jenaka nakal di antara kawan-kawan, malah akhbar dan syarikat besar luar negara seperti Google, Samsung, Motorola, GeForce dan sebagainya pun turut melakukan jenaka April Fools bagi tujuan pemasaran jenama mereka. Malah banyak portal media dan akhbar online luar negara yang menyiarkan artikel dan laporan berita palsu bagi tujuan jenaka.


Tetapi tak semua gurauan April Fools' ini kelakar. Ada yang sarcastic, yang kasar, yang serius, yang langsung tak logik, yang mengenakan orang dengan melampaui batas dan yang menyakitkan hati. Bagi mereka yang menyambutnya, hari April Fools' ini adalah hari yang dibenarkan untuk menipu dan kenakan orang lain.

Malangnya, ramai orang kita yang percaya artikel dan berita tu bulat-bulat siap kongsikan di media sosial lalu marah-marah akan isi berita itu kerana mereka betul-betul percayai yang artikel itu adalah benar. Tak boleh nak salahkan mereka juga sebab orang kita ramai yang bukan perasan pun tarikh 1 April tu adalah hari April Fools' sebab kita bukan menyambutnya pun.

Artikel dan berita prank itu pula ditulis memang nampak macam betul, walaupun biasanya dalam berita prank tu ada diselitkan hint dan clue yang artikel itu hanya sekadar lawak jenaka April Fools' di hujung artikel. Malah kadang-kadang bila baca komen pengunjung kat ruang berita tu baru tahu yang berita itu berita tipu.

Dalam hal ni aku cuma mampu rasa kesian jelah, menunjukkan betapa senang sangat orang kita ni kena game, kan?

Maka tak hairan lah, kenapa kita mudah sangat kena tipu.

Kena tipu dengan awek.
Kena tipu dengan pakwe.
Kena tipu dengan kawan.
Kena tipu dengan MLM.
Kena tipu dengan online scammer.
Kena tipu dengan produk pseudosains.
Kena tipu dengan iklan.
Kena tipu dengan peniaga.
Kena tipu dengan penunggang agama.
Kena tipu dengan hadis palsu.
Kena tipu dengan mesej berantai.
Kena tipu dengan orang berpangkat.
Kena tipu dengan cakap manis ahli politik.

Sebab kita ini, terlalu mudah untuk ditipu.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: hari april fools day sambutan hukum islam prank troll lawak gurau jenaka palsu tipu berita artikel

6 ulasan:

  1. Ok....😁😄😅😄😅😄😅😄😫🙋🙌🙍😫🙋🙌🙍😸😹😸😹😸😹😸😹😸😹😸😹😸😹😸😹

    BalasPadam
  2. kena tipu dengan siaran television, hehe

    BalasPadam
  3. Ok....����������������������������������������������������������������

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg ok tuu.....😱😱noob pasal apa komen aku kt blog plain tuu tk pernah nk siar..bkn carut pun..sombong betul.😠😡..yg lain xkan skodeng jerr..marilah meriakan b.o nii...🙌🙋🙍👅👅👅👅👅

      Padam
    2. BO tgh zaman malap mcm GST gak.. Banyak bisnes terlungkup,kedai2 ditutup. Artikel pun kurang power mcm dulu. Noob mesti sibuk dgn perancangan hari pencen 20 tahun lagi. Dgn berbuat 3-4 kerja, kualiti x sama mcm 100% tumpu pd BO dulu2 tu.

      Padam
    3. @ted manoff
      mungkin dia cuma allow komen pengguna yang berdaftar je kot.

      @tanpa nama 7:41 ptg
      ye betul tu...
      http://buasirotak.blogspot.com/2016/12/buasir-otak-5-tahun-dan-10-juta-paparan.html

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.