Selasa, 28 November 2017

2 Gaji bagi seorang perokok sentiasa mencukupi

Sejak kebelakangan ini popular betul cerita tentang kos sara hidup dan berapa pendapatan yang boleh disifatkan sebagai cukup atau tidak. Namun bagi aku orang gaji RM1500 ke, RM2500 ke, RM5000 ke, cukup tak cukup bergantung kepada keperluan perbelanjaan seseorang. Ada orang gaji kecik pun boleh merasa cukup sebab kurang komitmen dan kurang perbelanjaan. Ada orang gaji besar pun masih tidak merasa cukup kerana banyak keperluan dan komitmen.

Tapi kalau seseorang itu mampu beli berkotak-kotak rokok sebulan, tak kira la gaji dia RM2500 ke, RM1000 ke, kecik mana sekalipun gaji dia, aku anggap gajinya cukup bagi seorang perokok.

Sebab apa?


Sebab dengan sekecik-kecik gaji dia tu pun dia masih mampu beli rokok. Kalau dia mampu beli benda yang tak langsung tak penting dan bukan keperluan macam rokok, maksudnya baki gajinya yang lain sudah cukup untuk menampung keperluannya yang lain.

Tapi kalau dia masih merungut cakap gaji dia tak cukup, pinjam pulak duit orang sebab tak cukup duit nak makan, atau bini mintak beli barang dapur pun dah mengeluh, maksudnya dia bangang.

Bila orang cakap pendapatan tak cukup, tafsiran aku duit gaji dia memang tak cukup untuk menampung perbelanjaan bagi keperluannya. Kalau dia cakap duit tak cukup untuk menampung segala jenis kemahuan dia sehingga di luar kemampuannya, bagi la alasan apa pun, pendek kata dia tetap bangang.

Simple.

Maka kalau ada ahli keluarga, kawan atau suami korang yang perangai macam ni, bagi dia baca artikel ni. Kalau tak jalan juga boleh la dimaki sedas dua.


Baca juga artikel berkaitan kos sara hidup:

Juga artikel berkaitan rokok:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: kos sara hidup gaji pendapatan tidak cukup bandar urban kampung 

2 ulasan:

  1. Macam butthurt jer ko bro. Ni mesti duk sebelah perokok kan. Tak pn kwn pinjam duit beli rokok...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.