Jumaat, 10 November 2017

0 Perlumbaan epik demi merebut gelaran Raja Drift

Teknik drift atau meluncur menggunakan kereta adalah satu teknik pemanduan yang popular dalam dunia permotoran dan perlumbaan bermotor. Biasanya teknik drift dilakukan ketika mahu masuk ke selekoh, di mana kereta akan meluncur dengan tayar belakang menggelincir dan badan kereta menyenget untuk masuk ke selekoh sambil mengekalkan kawalan kereta dan kelajuan output yang tinggi.

Ada lagenda dalam sukan permotoran bawah tanah di mana terdapat seorang perempuan yang sangat hebat dalam teknik drift sehingga beliau digelar Raja Drift. Lama memegang gelaran itu, muncul seorang pemuda ingin mencabar Raja Drift tersebut dalam sebuah perlumbaan kereta demi untuk merampas gelaran tersebut.

Berjayakah pemuda itu dinobatkan sebagai Raja Drift yang baru?







Komik ini aku buat untuk masuk pertandingan Cabaran Komik Online Malaysia 2017 anjuran Matkomik yang bertemakan Sukan ini. Komik ni aku buat saja-saja je sekadar nak memeriahkan majlis je, tak letak harapan apa-apa pun. 

Korang boleh baca komik ini sepenuhnya di sini:


Sambil tu boleh play lagu latar komik ini kat video ni:


Harap korang semua terhibur.


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: komik ckom2017 cabaran komik online malaysia 2017 raja drift kereta lancer gsr evolution 3 nissan skyline gt-r meme dejavu eurobeat dave rodgers kansei inertia inertial dorifto initial d

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.