Rabu, 7 Mac 2018

10 Terlalu ketagih mengikuti kehidupan orang lain

Zaman teknologi tanpa batasan ini, ramai orang gemar untuk melihat dan mengikuti kehidupan orang lain di media sosial seperti Instagram dan Facebook, terutama idola mereka yang terdiri daripada artis, selebriti, ahli politik, ahli perniagaan, orang kaya, media social influencer dan sebagainya.

Bermula dari bangun dari tidur je, mereka dah mengadap telefon untuk tengok dan ikuti kehidupan orang lain. Tengok aktiviti harian mereka, video anak-anak mereka, gambar bahagia mereka, Insta story, video Live dan macam-macam lagi. Mereka jadi ketagih untuk melihat orang lain menjalani kehidupan, sehingga satu tahap mereka lupa untuk menjalani kehidupan mereka sendiri.


Bila kita dah terlalu mengikuti kehidupan orang lain, maka mudahlah untuk timbul perasaan kagum, cemburu, iri hati, sedih, kecewa dan seribu satu macam perasaan lagi. Kita rasa kagum dengan kehidupan orang lain, kebahagiaan orang lain, harta benda yang dimiliki orang lain, lalu dibandingkan pula dengan diri kita yang serba kekurangan dan serba ketinggalan.

Majlis kahwin artis hebat-hebat, kita pun berharap yang sama. Seorang lelaki berkahwin dengan perempuan cantik, kita memasang impian yang sama. Seorang perempuan bercouple dengan lelaki yang romantik, kita pun mengharap pasangan kita seperti itu. Selebriti tayang kereta mewah, kita pun mahu pakai juga. Ada orang dah beli banyak rumah dalam usia muda, kita pun terlalu kagum dan berkecil hati kerana kita satu rumah pun takde lagi. Semua aktiviti anak selebriti nak diupload kat media sosial, kita pun jadi cemburu kerana tiada keluarga bahagia seperti itu.

Namun hakikatnya, mereka itu juga seperti mereka. Manusia biasa seperti kita, yang menjalani kehidupan biasa seperti kita juga. Bezanya mereka suka menunjuk dan memaparkan sisi bahagia mereka di media sosial, tetapi ia tidak bererti mereka sentiasa hidup bahagia, gembira tanpa ada tangis, duka dan kecewa. Yalah, siapa je pun yang suka menunjukkan kesedihan, kekecewaan dan kelemahan diri kepada orang ramai?

Maka janganlah terlalu mengambil serius pada sisi kehidupan seseorang terutama yang dipaparkan di media sosial. Tak perlu rasa terlalu kagum, cemburu, iri hati, kecewa dan sebagainya. Ini ada yang kerana terlalu menilai kehidupan orang lain sampai rasa takut ketinggalan dan ditinggalkan.

Orang ada awek, dia pun desperate nak cari awek. Orang dah berkahwin lepas belajar, dia pun tak sabar-sabar nak kawin. Nampak ada orang umur 20 dah ada anak sendiri, dia pun sibuk nak ada anak awal juga. Ada orang lain yang dah ada syarikat sendiri di usia muda, dia pun gelabah beruk nak kerja sendiri juga. Ada orang lain lepas graduan terus beli kereta, dia pun sibuk nak buat loan beli kereta.  Ada orang lain pula umur 26 dah beli rumah, dia pun gelojoh baru kerja satu bulan dah sibuk nak beli rumah.

Dia kalau boleh semua benda nak capai dalam masa yang singkat dan cepat, sampai sanggup berhabis duit berhutang pula sana sini. Dapat gaji bulan-bulan 90% duk bayar hutang je, ntah camane nak survive hidup duit gaji tinggal 10%, semata-mata nak jadi macam orang lain dan tak nak rasa ketinggalan? Lain la kalau mak bapak kau kaya dan mampu nak tanggung hidup kau walau dah besar panjang.

Relaks.

Hidup ni tak perlu gelojoh, tak perlu ikut rentak orang lain, tak perlu nak banding-bandingkan dengan orang lain. Jalani kehidupan kita sendiri ikut rentak masing-masing. Kau gelabah beruk takut ketinggalan dari orang lain dah kenapa? Gelojoh-gelojoh ni nak kejar siapa pun? Kalut-kalut sangat nak pergi mana? Hidup ni bukan perlumbaan pun ada menang kalah. Bukan kalau kau beli rumah awal confirm dapat piala pun. Bukan kalau kau kahwin lambat confirm kena bayar denda pun.

Dari terus menerus menilai kehidupan orang lain, lebih baik kau nilai dan jalani kehidupan kau sendiri. Kalau kau susah atau senang, kau sendiri yang tanggung pun, bukannya orang yang kau ikuti kehidupan mereka kat media sosial tu yang tanggung.

Masing-masing ada rezeki sendiri. Masing-masing ada cara dan haluan tersendiri. Masing-masing ada jalan ceritanya yang tersendiri. Cara hidup orang lain, mungkin tidak sesuai dengan cara hidup kau. Jalan cerita orang lain, mungkin tidak kena dengan cara hidup kau. Maka tak perlu nak jadi orang lain sangat.

Aku tahu kau nak follow siapa nak ikut kehidupan siapa pun hak masing-masing, tapi saranan aku kalau kau rasa nak follow orang sangat, kau follow la orang-orang yang selalu berkongsi sesuatu yang bermanfaat dan berguna, bukan narsistik yang tak habis-habis post pasal kehidupan diri sendiri, yang kalau kau baca sebenarnya takde apa-apa nilai tambah pun dalam kehidupan kau, namun secara tak sedar ia membawa lebih banyak penyakit hati. Kalau kawan-kawan kau takpe jugak, ni ntah siapa-siapa yang tak kenal kau pun.

Baca juga artikel berkaitan:


P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: ketagihan terlalu ketagih mengikuti melihat menilai kehidupan hidup orang lain di media sosial

10 ulasan:

  1. Ok..cermin2 diri sendiri lihatlh wajah renunglah peribadi..semuanya indah dialam maya..cinta cyberr..yeaaahhhh...🐵🙈🙉🙊🐒🔎

    BalasPadam
  2. Jya mata ne, koneko-tachi chan~ ( = ^ w ^ = )



    🐝🐛🐌🐞🐜🐍🐢🐠🐟🐡🐬🐳🐫🐘🌷🌹🌺🌾🍁🌸🌼💐🍄🌰💦💦💨💧⛄

    BalasPadam
  3. Ayam paprika was here

    BalasPadam
  4. betul lah tu
    follow orang yang berguna :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.