Isnin, 9 April 2018

4 Ringkasan Manifesto Gagasan Sejahtera PRU-14

Gabungan politik yang diterajui Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Gagasan Sejahtera yang turut dianggotai Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) dan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) membentangkan 20 tawaran utama dalam manifesto yang dinamakan 'Malaysia Sejahtera' bulan lalu.

Pengerusi Gagasan Sejahtera yang juga Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tawaran yang digariskan ini mampu menarik sokongan rakyat kerana ia mengambil kira keperluan mereka pada masa kini tanpa mengira kaum dan agama.

Antara tawaran yang diumumkan beliau termasuk menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan menggantikannya dengan sistem cukai yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat.

Selain itu, Gagasan Sejahtera turut menjanjikan bas sekolah percuma serta bantuan pembelian kereta pertama bagi kereta berkuasa bawah 1,300 kuasa kuda melalui pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah.


Berikut merupakan intipati dan ringkasan kandungan manifesto Gagasan Sejahtera:

Teras pertama
Pembentukan sebuah kerajaan yang berintegriti  dan  beramanah  serta  bebas daripada korupsi.

Teras kedua
Penambahan pendapatan boleh guna dan penjanaan peluang baru untuk rakyat.

Teras ketiga
Pemberdayaan rakyat untuk meredakan kesan peningkatan inflasi dan kenaikan kos sara hidup.

Teras keempat
Pengurangan jurang agihan pendapatan dan kekayaan ekonomi antara kawasan bandar dan luar bandar.

Teras kelima
Peningkatan kualiti pendidikan ke arah pembinaan modal insan cemerlang.

Teras keenam
Pengharmonian sistem perundangan dan tadbir urus negara selaras dengan kehendak syariah.

Teras ketujuh
Pengukuhan semula konsep federalisme dengan mengembalikan hak-hak tertentu kerajaan negeri.

Teras kelapan
Pemerkasaan suara rakyat selaras dengan tuntutan syura dan amalan demokrasi.

Teras kesembilan
Penambahbaikan keberkesanan sistem sokongan sosial untuk golongan yang memerlukan.

20 Tawaran Utama Manifesto Malaysia Sejahtera

1. Menghapuskan  Goods  and  Services  Tax  (GST)  yang membebankan rakyat dan menggantikannya dengan sistem percukaian yang lebih adil seperti Cukai Atas Simpanan Korporat dan Cukai Saham di Bursa Saham Malaysia.

2. Melupuskan  hutang  peminjam-peminjam  PTPTN yang  sedia  ada  untuk  meringankan  bebanan  anak muda  sebagai  satu  inisiatif  permulaan  ke  arah memberikan pendidikan percuma.

3. Memberikan   bantuan   makanan asasi   kepada golongan fakir dan miskin secara bulanan menerusi program It’aam Kebangsaan.

4. Menawarkan bantuan sekali (one-off) sebanyak RM  2,000  sebagai  modal  kepada  wanita bekerjaya untuk memulakan kerja dari rumah.

5. Melaksanakan  program  bas  sekolah  percuma untuk  membantu  meringankan  bebanan  ibu-bapa.

6. Memberikan   bantuan   pembelian   kereta pertama di bawah 1300 cc (1.3 liter) menerusi pengecualian duti eksais dan pembiayaan pinjaman tanpa faedah (Qardul Hasan).

7. Mengurangkan  harga  rumah  m ampu  milik antaraRM 50 ribu sehingga RM 180 ribu.

8. Mengembalikan   semula   fungsi   Sekolah Berasrama  Penuh  (SBP)  dan  Maktab  Rendah Sains  Mara  (MRSM)  sebagai  program  untuk memperkasakan  golongan  miskin  bandar  dan luar bandar.

9. Menstrukturkan semula kadar bayaran tol untuk mengurangkan  kos  hidup  rakyat  menerusi semakan  semula  perjanjian  konsesi  tol  yang melebihi 15 tahun.

10. Mewujudkan  pentadbiran  Malaysia  yang  bebas rasuah selaras dengan kehendak dan tuntutan syarak  menerusi  konsep  tadbir  urus  yang berkonsepkan  ‘Ubudiyyah,  Mas’uliyyah dan Itqan (UMI).

11. Memperkasakan  peruntukan  Islam  sebagai agama  persekutuan  dengan  melaksanakan tuntutan Islam sebagai al-Din iaitu sistem yang melengkapi seluruh aspek kehidupan.

12. Menjadikan  Bahasa  Melayu  sebagai  bahasa pengantar  bagi  semua mata  pelajaran  dalam sistem pendidikan negara.

13. Mengembalikan   sistem   kuota   di   Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi mengimbangi   jurang   pendidikan   antara golongan  kaya  dan  miskin,  serta  masyarakat bandar dan luar bandar.

14. Mempertimbangkan  semula  pelaksanaan  dasar pembangunan   yang berupaya membasmi kemiskinan  dan  menyusun  semula  ketidak seimbangan    ekonomi    dalam    kalangan masyarakat Malaysia.

15. Membantu kerajaan-kerajaan negeri membuka rancangan-rancangan pembangunan   tanah khususnya untuk golongan muda.

16. Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi kedua dan ketiga FELDA.

17. Membantu  golongan  kurang  upaya  (OKU) menerusi   pemerkasaan   sistem   sokongan berasaskan potensi dan keupayaan diri.

18. Mewujudkan Pusat Komuniti Keluarga Sejahtera (PKKS)  di  setiap  daerah  dan  lokaliti  yang memerlukan    untuk    memberi    khidmat kaunseling,     perundangan,     kemahiran,  bimbingan agama dan latihan keibubapaan.

19. Menyemak    kembali    nisbah    anggota keselamatan  berbanding  populasi  setempat untuk mengurangkan kadar jenayah.

20. Menambah bilangan doktor pakar dan hospital pakar  untuk  memenuhi  keperluan  penduduk berasaskan  nisbah  yang  disyorkan  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Muat turun buku Manifesto Gagasan Sejahtera 'Malaysia Sejahtera' Peringkat Pertama untuk PRU-14 versi penuh di sini.


Lain-lain artikel berkaitan:

P/S: Jangan lupa untuk menyokong kami dengan membeli buku Buasir Otak: The Komik terbitan Alaf21 dan juga koleksi buku Buasir Otak: The Komik versi digital di sini - https://goo.gl/xGAx3o.





tags: manifesto akujanji gagasan sejahtera pas ikatan berjasa pilihanraya pilihan raya umum pru 14 intipati sorotan ringkasan

4 ulasan:

  1. Ok..mana MANIfesto partii buasirotak bersatu..? 👅👅💘💝💞💟💖👍👎👆☝👊✋✌✊👇👈👉👋👏👐

    BalasPadam
  2. PALING WORLD kerete di bawah kuasa 1300 kuasa kuda.. hihi..lps ni dh bole la nak beli koenigsegg atau pagani zonda F.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.